salam semua… macam mana dengan hari minggu korang?? best ke cuti minggu?? ke dah ada yang bercuti panjang balik kampung. tak lama lagi dah nak raya aidiladha. selalunya orang pantai timurlah yang akan bercuti panjang. kat sana meriah bila sambut hari raya aidiladha.
opps, kita lupakan dulu pasal mood raya erkh.
saja nak kongsi pasal kakak ni
petang jumaat lepas, aku pergilah ambil kakak kat rumah FIL. aku ambil half day ari tu sebab malamnya kakak ada majlis graduasi dan anugerah pelajar cemerlang. sampai kat rumah terus aku baring-baring mahu tidur jap dan minta kakak pun tidur sama. biasalah, kalau nak tidur kakak akan minta buatkan susu. dan aku pun tahu dia dah minum susu kat rumah FIL.
mama : ala, kakak dah minum susu kat rumah tok ma kan. tidur dulu. bila bangun nanti, mama buatlah.
kakak : kakak tak minum lagi..
mama : jangan cakap tipu. tak baik….
diam seketika….dan time ni aku pun dah tutup mata mahu tidur…. tiba-tiba..
kakak : mama, PERUT KAKAK NI NAK SUSU LA MAMA….
serta-merta aku gelak.. dan terpaksalah juga aku buatkan susu untuk kakak. pastu kami anak-beranak lena…..zzzzz