Sesat barat juga nak sampai ke Moroccan Pavilion a.k.a Astana Morocco di Putrajaya ni. Pakai waze, entah laluan mana dia bagi sampai aku keluar dari dalam taman. Guard pun tanya masuk dari mana? Masuk dari Taman Botani belakang sana, jawabnya aku. Walhal paling senang, pusing jer roundabout paling besar di Putrajaya dan masuk simpang kiri ke Taman Botani.
Astaka Morocco Tempat Cantik Tapi Ada Peraturan Perlu DiPatuhi
Astaka Morocco bangunan yang berkonsepkan seni bina Moorish yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita sekarang iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Menempatkan galeri pameran koleksi-koleksi barang dan senibina dari bandar-bandar diraja terkenal di Morocco iaitu, Fez, Meknee, Marrakech dan Rabat.
Perlu tahu yer, bukan boleh buat sebarangan photoshoot di sini. Ada peraturan yang perlu dipatuhi. Photoshoot komersial perlu ada kebenaran dari Perbadanan Putrajaya. Nanti guard pintu masuk akan minta borang kebenaran, jika tak ada perlu ke pejabat dan isi borang. Yealah, guard akan nampak kamera besar dan persalinan pakaian dibawa. Yang tu pun kena declare dalam borang kalau tak silaplah. Dekat kawasan itu saja, tak perlu pergi ke Perbadanan Putrajaya. Mungkin ramai yang tidak tahu, agak lecehlah kerjanya. Aku cari dalam laman web PJJ pun tak ada pasal peraturan di Astaka Morocco ni.
Yang kedua, tak boleh menggunakan sebarang jenis kamera kecuali kamera smartphone sahaja untuk mengambil gambar di dalam bangunan. Bayaran dikenakan sebanyak RM3 dewasa dan RM1 kanak-kanak. Pelik juga peraturannya sedangkan kamera smartphone sekarang pun dah canggihlah. Dan hasilnya…
Amacam? Cantikkan senibina bangunannya..okeylah boleh dijadikan kenangan tu..Nak pergi travel ke Negara Morocco entah bila.. pasang angan-angan dulu, agar boleh jadi kenyataan kemudian, tak gitu. Oh yer, ianya dbuka setiap hari kecuali hari SELASA. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +60 3-8887 7770 .
Bestnya.. Nampak macam dekat Turki jer..
memang cantik, baru tahu ada tempat cantik macam ni dekat putrajya ni.
Seronok dapat jumpa kannnn… tapinkenapanHaida xperasan papan randa Moroco tu.. xambil gamba pun..huhuhu
pergh cantik betul bangunan dia..kenapa nak masuk sini kena ada surat, ni tempat apa sebenarnya, bukan tempat melancong ke..hehhee