hanya untuk makan tengahari… kami semua sanggup berjalan sejauh 2 KM… lebih-lebih lagi saya yang kena dokong si aqeel ini..langsung tak mahu jalan dan tak mahu didokong oleh ayahnya… lenguh semua urat sendi tangan saya ini… memang sangat memenatkan..tapi adakah ianya berbaloi?
Melaka kini dikenali sebagai negeri yang bebas dari asap rokok…tapi ada ke orang yang tak hisap rokok itu? erm..fikirlah sendiri….
langkah kaki bermulanya dari hotel
dan baru sampai ke A Famosa… belum lagi bermula langkah untuk mendaki tangga di belakang sana..
tercungap-cungap nafas kami untuk daki dan turun tangga… tapi si kakak steady saja
disebabkan kelenguhan tangan sesangat… saya paksa si aqeel supaya jalan sendiri sambil dipegang tangannya..itupun kena buat kira ‘one, two three….’
peluh mengalir laju setiap orang dan teringat akan entri dari cik betty pasal air cendol ini. terus kami semua berenti minum air cendol kat situ. boleh tahan juga sedapnya.
masih tergapai-gapai mencari tempat yang hendak dituju..
akhirnya jumpa juga… semata-mata nak makan tengahari makan masakan asam pedas kat sini… dah lupa dah apa nama kedainya… makan tengahari kat kedai ini hanya asam pedas, nasi putih bersama telur masin saja…
perut sudah kenyang… kaki sudah penat.. jalan kaki lagi balik ke hotel.
pengalaman mengajar kita…sanggup kan kami semua berjalan kaki.. padahal kereta ada… saya takut kena saman parking lagi… itu pasal tak mahu bawa kereta..ahaks…