Azwa Event Sekolah

Lakonan Azwa Dengan Lisdawati

Kawan panggil “Ema, tu tengok anak ema naik pentas dengan Lisdawati”.

Tengah melayan si Ayra yang dah mula merengek sebab badan pun dah melekat melekit dari pagi sampai petang. Pelakon jemputan Lisdawati panggil sesiapa  nak volunteer naik ke pentas. Apalagi kakak Azwa ni, dia memang pantang bab nak ke depan. dia tak takut langsung. Pernah kena ‘booo’ dengan member sekolah, tapi tak putus semangat. Aku sendiri tak tahu tahap keberanian dia nak ke depan ikut siapa. Aku dan Mr. Ery tak seberani dialah.

Hari Usahawan SKDP 03

Tiga orang murid termasuk kakak Azwa berani naik ke pentas. Pelakon Lisdawati minta mereka untuk menyanyi satu lagu setiap orang.. Aku yang risau dengan kakak Azwa ni. Lagu apalah dia nak nyanyi. Konpem terabur habis lirik. Aduh, aku pula yang malu. Dengar kawan dia menyanyi ok lirik betul. Budak lelaki tu siap menyanyi lagu arab lagi.

Hari Usahawan SKDP 07

Dah agak dah, memang dia pun tengah takut-takut nak menyanyi lagu apa. Tengah hafal lagu dengan kawan dia…entah lagu apa..takkan lagu janam..janam…kan jahanam lagu orang.

Hari Usahawan SKDP 23

Tengoklah gelagat dia, tengah menghafal lagu…hehehe.

Hari Usahawan SKDP 06

Hari Usahawan SKDP 22

Hari Usahawan SKDP 25

Berlakon Spontan Dengan Lisdawati

Bila turn dia, pelakon Lisdawati minta dia berlakon. Tarik nafas lega mamanya. Nasib baik lah lepas dua murid menyanyi, cikgu bertanya soalan macam-macam. Lepas tu hampir tertinggal turn kakak Azwa. Itu yang kena berlakon tu. Berdebar mamanya tunggu nak tengok lakonan dia dengan lisdawati ni. Lisdawati cakap “skrip pakai langgar jer”.

Hari Usahawan SKDP 24

Sedutan video Azwa berlakon sebagai “mak”, Lisdawati sebagai “anak”

Hari Usahawan SKDP 02

Akak Lisdawati ni maintain jer badannya. Anak-anak dah besar pun. Sepatutnya dia datang dengan anak tiri dia Fareez Mentor. Mungkin busy agaknya. Lisdawati ni bekas anak murid guru besar SKDP. so, mudahlah nak jemput dia datang ke Karnival Usahawan ni. Walaupun sekejap, seronoklah budak-budak…eh3x, mak budak pun sekalilah naik seronok.

Hari Usahawan SKDP 29

Dari jemput usahawan yang dah terrrrrrkenalnya dia, siap minta token siap ikut jadual sendiri, lebih baik jemput orang lain…budak-budak pun dah suka..

About emarieys

Ema has written 1159 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

9 Comments

  1. baguslah anak puan berani ke depan bila dipanggil. ciri2 orang berkeyakinan tinggi. alhamdulilah.

    nota kaki : cantiknya lisdawati..untung dpt bergambar dengan dia.
    jida recently posted…Cara Membuat Masker Wajah Sendiri di Rumah, Anda Mesti CubaMy Profile

  2. wah… bestnya dapat gambar dengan retis tu… terbaik.. 😉
    anuar recently posted…Video Promosi Na’ila Shawl By Zaika di Youtube.My Profile

  3. Anak-anak yang berani ke depan selalunya mudah dalam pelajaran. Tahniah kakak Azwa berpeluang buat persembahan dengan pelakon Lisdawati.

  4. Ada bakat terpendam la tu.
    Boleh dah asah.
    Tak ada fobia stage. Respek.

  5. tu dia.

    main geng artis dah sekarang.
    titan recently posted…Almal hul eie EERSTE keerMy Profile

  6. pandai juga azwa berlakon jadi mak tu, cun lagi lisda ya
    Raihanah Ahmad recently posted…Pengalaman Saringan Kesihatan di PathlabMy Profile

  7. Perghhh… Nak selfie gak dengan lisdawati ni..terbaiklahhh
    Hafizul recently posted…Selesema dan Batuk Pulak DahMy Profile

  8. Bagus Azwa punya self confident kan…kena kekalkan…
    Suriaamanda recently posted…Paedophilia Spesies Manusia Rare..My Profile

  9. yaya cendana says:

    alalaaa..bagusnya diaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge