Memang seronok nak pergi bercuti, tapi ada fikir tak jika hadapi kecemasan tanpa diduga?
Passport hilang?
Kemalangan?
Masuk hospital?
Gempa bumi?
Nak balik Malaysia, tapi bagaimana?
6 Tips dari Wisma Putra sekiranya berlaku kecemasan semasa melancong ke luar negara.
- Ambil Insurans Perjalanan (Travel Insurance)
Ambil insurans perjalanan, paling tidak beli tiket beserta insurans perjalanan. Tak perlulah berkira nak beli insurans perjalanan, tiket harga beribu boleh beli. takkan bab insurans nak kedekut. Bak kata pepatah “Sediakan Payung Sebelum Hujan”
- Buat salinan dokumen peribadi (kad pengenalan diri, passport) dan simpan dalam emel.
Banyakkan buat salinan dokumen peribadi seperti kad pengenalan diri, passport, visa dan simpan dalam emel persendirian. Hantar dokumen pada emel sendiri jer.
- Kecurian / Kehilangan
Hilang dokumen diri (passport), lapor di balai polis terlebih dahulu. Bawa laporan tersebut, ke pejabat Kedutaan Besar Malaysia atau Konsulat Malaysia yang berdekatan. Sijil Perakuan Cemas akan diberikan untuk membolehkan balik ke Malaysia.
- Tiada Kedutaan Besar Malaysia / Konsulat Malaysia di Negara Yang Dilawati
Hubungi Kedutaan Besar Malaysia yang terdekat. Senarai Kedutaan Besar Malaysia / Konsulat Malaysia klik sini.
- Berlaku Kemalangan / Kematian
Hubungi pejabat Kedutaan yang terdekat dengan segera untuk dapatkan bantuan dari pegawai-pegawai. Jangan harungi berseorangan dalam situasi yang sukar ini.
- Daftar Dengan Sistem E-Konsular
PENTING. Daftar maklumat diri di dalam sistem E-Konsular . Ia mempercepatkan bantuan sekiranya berlaku kecemasan.
Semoga dapat membantu.
info yang amat penting untuk digunakan bila plan nak travel nanti
mrhanafi recently posted…3 cara untuk tingkatkan imej kendiri