Anak-Anak yatim Rumah Sentuhan Budi terima sumbangan cermin mata dari Eye Vision Optical – Sebuah kedai cermin mata milik kaum cina.
Tahniah untuk Eye Vision Optical. Segi konsep sedekah, mereka pun faham kan.
Tak perlulah nak racits pasal kaum. Yang masalah bukan pada kaum tapi pada diri sendiri.
Eye vision optical di Plaza Sungai Wang.
Ini baru betul sumbangan cermin mata yang ikut power.
Bukan sebarangan cermin mata plastik bingkai hitam yea.
Sebak terus tengok gambar anak-anak yatim ni..sampai aku sendiri nak share kat blog. Kalau dekat, aku dah join sekali.
Mereka tak ada ayah..mereka tak ada ibu…mereka menumpang kasih pada penjaga mereka.
Gembirakan hati mereka
Salah satu saham akhirat bagi kami semua team KBBA9. Syukur Alhamdulillah.
Tak dapat bayangkan perasaan mereka.
Betapa gembiranya mereka…betapa seronoknya mereka…
Orang yang rabun akan faham perasaannya, bila dapat cermin mata.
Ada yang bakal menduduki UPSR minggu depan. Aku doakan semoga anak-anak ini berjaya dengan cemerlang.
Baca: Kedai Cermin Mata Viral
Pelbagai cara untuk kita menyumbang selain wang dan makanan. Dan ini cara yang dibuat oleh kedai cermin mata Eye Vision Optical.
Dalam setengah jam masing-masing dah dapat cermin mata sendiri.
Sumbangan pada anak-anak yatim
Tidak akan jatuh miskin pada mereka yang bersedekah…lebih-lebih lagi pada mereka yang memerlukan. Korang pun boleh menyumbang terus pada Rumah Sentuhan Budi ini.
Tidak berhenti di sini. Minggu depan rumah anak-anak yatim lain pula akan menerima sumbangan cermin mata lagi dari Eye Vision Optical.
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Duduk jauh pun rasa hiba…apatah lagi kalau bersama mereka.