Loading...
MemoriesPedomanPutaran Masa

Anak Lambat Bertutur

selalu dengar ibu-ibu mengeluh kerana anak lambat bercakap, termasuklah pelat apabila bercakap…. anak saya? Alhamdulillah si kakak umur setahun dah boleh cakap tanpa pelat…tapi si adik sampai sekarang masih belum dapat bercakap dengan jelas….hanya cakap yang hujung-hujung jea….bila kita sebut sesuatu perkara….

so, bagaimana nak bagi anak-anak kita cepat bertutur dengan jelas…jom kita pelajari bersama…

1. Mengajar anak mengenal benda – bayi berusia tiga bulan ke atas dah miliki daya penglihatan yang agak jelas. apa sahaja benda yang ada di sekelilingnya dapat dilihat dengan terang dan baik. paling utama, kita kenalkan anak dengan wajah kita… caranya dengan mengambil tangan anak dan mula letak ke wajah kita..sambil biarkan anak menyentuh setiap sudut wajah, sebutkan nama organ yang disentuhnya…contohnya mata, hidung, mata, telinga…

2. Pendengar setia – meskipun bayi belum mampu untuk meluahkan perasaan dengan kata-kata, tidak seharusnya membiarkan bayi bercakap sendirian. bayi bercakap menggunakan bahasa atau bunyi mereka sendiri. kita perlu mendengar dan perhatikan setiap percakapan anak. jadilah pendengar setia. berikan tindak balas dengan menjawab ‘oh!Ya’, ‘bagus’, ‘nak lagi?’ ‘tak nak’ dan sebagainya.

3. Perkenalkan keadaan – keadaan cuaca panas, sejuk, berangin atau hujan

4. Sebab dan akibat – contohnya suis lampu, jelaskan, “Kalau mama tekan ke bawah, lampu akan menyala. kalau tekan ke atas, lampu akan terpadam”.

5. Warna – warna yang menarik seperti merah, kuning, oren atau warna pada kotak makanan bijirin.

6. Mengulang perkataan – sentiasa mengulangi perkataan tersebut secara kerap atau berulang-ulang. umpamanya dengan menyuruh mereka mandi setiap pagi dan petang, mencuci tangan ketika hendak makan.

7. Jangan pelat – ramai ibu bapa gemar mengikut percakapan anak-anak yang pelat… itu pasal anak cakap pelat jer… contohnya mamam untuk makan..nenen untuk susu..sampai bila-bila perkataan itu akan lekat digunakan… ibu bapalah yang kena betulkan percakapan anak-anak….

8. Perkenalkan kata ganti – menggunakan kata ganti diri seperti kakak, adik, makcik, pakcik. contohnya “baju ini kakak punya. seluar ini adik yang punya. jangan berebut tau”.

9. Tindak balas – memberi pelbagai pilihan dan meinta anak memilih satu. “Mahu baju yang mana satu. biru atau kuning?”

10. Membaca bersama – perkenalkan anak dengan buku bacaan bergambar. lebih baik sekiranya buku tersebut didatangkan dengan butang-butang berirama sebagai tarikan. kerap kali kita gunakan..lama-kelamaan anak akan tertarik dengan buku.

11. Mengenal angka – bukan belajar mengira. contohnya “manja boleh ambil sebiji kuih..sa..tu.. (sambil memperlihatkan jari kita menunjukkan satu).

12. Menyanyi – nyanyilah lagu kanak-kanak yang mudah seperti ‘Rasa Sayang’ atau ‘Twinkle-twinkle Little Star’.

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge