Ayra

Anak Lambat Bercakap, Kena Rujuk Ke Pakar

Ayra Sufia kena rujuk ke pakar sebab lambat bercakap. Sehingga sekarang, tak boleh cakap suku kata nama lagi. Doktor KKIA suggest rujuk ke Hospital Kuala Lumpur, tapi MamaEma minta ke PPUM. 29 September appointment di Paeds Clinic, PPUM.

Risau Anak Lambat Bercakap

Risau? Memang risau, tapi rata-rata MamaEma tanya orang tak perlu risau sangat. Ada di antara mereka, anak diaorang pun ada yang lambat bercakap. Ada sehingga 4 tahun pun cakap tak lancar.

Okey, Ayra ini bukan tidak faham apa yang disuruh dan apa yang diminta buat. Semua boleh faham. Minta buang sampah, dia pergi buang dalam plastik sampah…Minta ambilkan handphone, dia pergi ambilkan…Suruh mandi… time tak nak mandi..dia akan cakap “mmnakkk” sambil giling kepala.

Sekarang, ayat yang dia sebutkan macam mama disebut “ma”..ayah sebut “yah”.. abang disebut “bang”..Keluar sebut “waa”..Handphone sebut “ponn”..semua diambil yang hujung perkataan saja.. Sebutan paling penuh buat masa ini adalah “air”.

Sebab Ayra tak boleh sebut dua patah kata nama sepeti “nak air”. “nak makan”..dia kena dirujuk ke pakar. Misi di KKIA tanya ‘Habis, kalau dia nak apa-apa..macam mana dia minta”..MamaEma cakap dia akan panggil orang dan tunjuk apa yang dia nak..misalnya bila semua tengah makan nasi, kalau dia nak dia ikut sekali..kalau dia tak nak, kita ajak makan dia akan cakap “mmtnak”.

Misi tanya lagi ” Anak suka bersendirian tak?”. Setakat hari ini, tak ada bersendirian pun.. Ada masa kakak dan abang melukis ke apa..dia pun sibuk nak join sekali… ada masa kakak dan abang buka buku, dia pun cari buku juga..

Umur Ayra sekarang 2 tahun 3 bulan. So, pendapat korang.. adakah perkara ini biasa?

 

 

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

9 Comments

  1. Biasa pihak kelinik akan pantau perkembangan anak-anak dari masa ke semasa.. Sebab tu ada buku temujanji dengan pihak klinik.. Dalam buku tu dah ada jadual… Umur sekian-sekian perlu pandai apa… Umur sekian-sekian perlu ada berat badan berapa… Anak-anak saya biasanya datang temujanji ke klinik dengan Dr. Pakar sebab tak cukup berat badan….
    Untuk kes anak puan ni, Tak per… Pergi jer… Biar Doktor Pakar Cek apa msalahnya..
    Anuar recently posted…Peluang buat duit online menerusi Laman Web Visondata dengan tawaran komisyen Affiliate sehingga 3 LevelMy Profile

    1. Bgs tindakan akak.pergi dan teruskan speech therapy kalau perlu.. inshaa Allah..

      1. Lagi 2 bulan appoitment..InshaALLAH.. sekarang ni pun selalu ajar dia cakap dua patah perkataan.
        emarieys recently posted…Anak Lambat Bercakap, Kena Rujuk Ke PakarMy Profile

    2. Mula tu risau juga, sampai kena pergi jumpa pakar..tapi bila difikirkan balik..ada sebabnya..
      emarieys recently posted…Anak Lambat Bercakap, Kena Rujuk Ke PakarMy Profile

  2. perkara ini bukan biasa namun bukan masalah besar

    Ayra mungkin alami satu sindrom lambat bertutur dan lambat membaca..

    sila rujuk dan ikut sahaja saranan pakar dalam bidang tersebut..
    mrhanafi recently posted…Bekerja Dari Rumah Pilihan Nombor Satu Rakyat MalaysiaMy Profile

    1. A’ah ada kemungkinan… Terima kasih atas saranan..InshaALLAH appointment nya bulan Sept nanti.
      emarieys recently posted…Anak Lambat Bercakap, Kena Rujuk Ke PakarMy Profile

  3. Anak saya 2 tahun 2 bulan pun sebut satu-satu perkataaan je..
    takpe ada yang cepat ada yang lambat
    zool recently posted…Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka, Kembali Semula BekerjaMy Profile

    1. Memang ada beza antara anak-anak ni kan…
      emarieys recently posted…Anak Lambat Bercakap, Kena Rujuk Ke PakarMy Profile

  4. Anak saya 5 tahun baru lancar bercakap, itu pun lepas masuk tadika.
    Ikhwan recently posted…Cara Hubungi Penumpang UberMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge