Nak anak bebas pampers ?
Dah lama nak share sebenarnya, sejak dua menjak ni agak busy je..terus lupa. Bila dah teringat ni, eloklah share macam mana ayra ni bebas pampers. Lain orang lain caranya..lain anak pun lain caranya juga.
Ayra Bebas Pampers
Kakak dan abang lain pula caranya. Pernah share kat sini. Ayra ni lain pula caranya. Entah macam mana bila aku cakap “mama dah tak ada duit nak beli pampers adik” terus Ayra berhenti nak pakai pampers..itupun tidur malam ada dua tiga kali terkencing atas katil.
Bila hari Ayra terkencing atas katil aku cakap “lepas ni, adik kena tidur sorang-sorang kat luar sebab adik kencing atas katil..habis bau hancing dan basah”..mahu Ayra ni takut.
Aku ambil masa 2 hari iaitu hari sabtu dan ahad jer untuk latih Ayra tak pakai pampers waktu siang. Hari Isnin pergi hantar Ayra ke rumah pengasuh dia mula itu was-was yang Ayra dah tak pakai pampers lagi. Cepat sangat kan.
Bila hari cutilah, senang nak ajarkan anak bebas pampers. Kena selalu tanya anak nak kencing ke tak? Lama-lama anak akan biasa dengan keadaan baru tu.
Sekarang lega sangat, memang berjimatlah sikit duitnya dari beli pampers. Bila berjalan jauh tu, aku pakaikan juga pampers untuk Ayra. Dia nak kencing, aku suruh dia kencing dalam pampers tu… tapi dia rela bertahanlah sehingga aku berhenti cari tandas..tak pun berhenti di tepi jalan.
Agaknya dah tak selesa nak kencing dalam pampers lagi.
Wah, tips yang menarik! Saya boleh cuba praktikkan untuk anak saya yang nombor dua tu nanti.
tips bagus ni bleh buat at humaira hehhehe
anak Un biasanya 4, tahu baru bebas pampers. Bukan apa tak nak ambil risiko kena cuci..hahaha