Loading...
Food Review

Boleh Kurus Ke Dengan S Great Grain Ni?

Kurus dengan sihat? Macam mana tu? Assalamualaikum..Hari ini berisaran di kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma 2 hari lagi. Dah beli baju raya ke? Kat Kelantan ni kemain jem tak bergerak. Nasiblah balik semalam tak sangkut makan jem. Dari awal dah ikut laluan alternatif Kampung Mempaga. Terlepaslah masuk bandar Bentong dan Raub tu. Situlah tempat paling jem bila tiba musim perayaan. Eh, terpanjang pula mukadimahnya.

Betul ke makan S Great Grain ni boleh kurus?

Betullah tapi terpulang pada antibodi orang tu juga.. Ada yang cepat turun ada yang lambat. Macam kawan blogger aku, Ummi Nani dengan minum S Great Grain ada penurunan berat badannya. Alhamdulillah. Aku? Aku pula tak perasan turun ke tidak…tak timbang pun. Tapi beli baju raya saiz dah kurang inci..so, apa tandanya ituuuuu..semakin mengecillah kan..ececece..

Baru jer minum, dah mengecil..kalau hari-hari minum mahu melidi dah ni…tapi pandai-pandailah kontrol nak kurus setara mana..tak gitu…kan kurus keding tak cantiklah pula.. betul tak?

S Great Grain ni isi kandungannya dengan 18 biji bijirin terdiri dari beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel apricot, kacang hitam, benih chia dan beras pulut.

Ditambah lagi 5 jenis makanan sunnah seperti habbatus sauda, zaitun, delima, buah tin dan juga madu dan dilengkapi dengan set nutrien komprehensif termasuk protein, karbohidrat, serat makanan, vitamin dan antioksida. Cukup lengkap nutrisi dan sangat bagus diamalkan.

Nak kurus dan sihat tidak perlu makan segala ubat-ubat kurus yang tidak diikritaf dan sah-sah berbahaya. Dengan S Great Grain ni pun boleh turun berat badan dan tidak membahayakan kesihatan dalaman tubuh badan kita. Semestinya HALAL.

Cara untuk  dapatkan S Great Grain

Cara untuk dapatkan S Great Grain ni boleh di dapati di semua cawangan Watsons seluruh Malaysia. Dengan 15 peket kecil di dalamnya cuma dengan harga RM39.90 sahaja. Atau dapatkannya di:

Facebook link : https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/

Instagram link https://www.instagram.com/surya.malaysia

E-Commerce link Shopee – http://bit.ly/SGGShopee

 

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1218 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

3 comments
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE