Aku Rindu Kakak

Berkasih sayang dengan orang lain. cuti sekolah dah 10 hari,  aku sangat rindu pada anak dara aku  di kampung. Tapi dia? rindu sama hingga suruh aku balik masa telefon tadi.  Selama 10 hari, anak hanya berkasih sayang dengan orang lain. sekejap dengan tokma, sekejap dengan cikngah dan sekejap dengan ciksu.

Terubat sikit rasa rindu bila adik hantar gambar di whatsapp.

anak dara baca buku
Baca buku dengan sepupu

 

anak dara dan mak dara
tak ada kerja dengan ciksu

 

anak dara bermain
main masak-masak

 

anak dara dan sepupu
tengah malam masih di kedai makan

 

anak dara makan cendol
makan lagi

 

anak dara makan
beria makan nasi

Hari ini kakak tinggal dengan tokma sebab cikngah datang KL. Walaupun kakak nak ikut sama, tapi aku tak kasi sebab akan balik kampung juga.

Anak dengan ibu, bila berjauhan rasa sunyi. rasa rindu.

Berkasih sayang selamanya.

About emarieys

Ema has written 1187 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

18 Comments

  1. Kalau saya memang tak mampu nak berjauhan dengan anak-anaklah, Ema. Rasa rindu membuak-buak, satu kerja pun tak boleh siap nanti. Jadi Ema balik Kelantanlah ambil Azwalah nanti sebelum start sekolah ya!
    Mummydearie recently posted…Imam Muda kesayangan MommyMy Profile

  2. klau nureen x sanggup
    baru2 ni baru sehari ellesya d kg nureen dh x torah
    esoknya ambik halfday blk kg ehhee

  3. saya tak sekuat sis..xmampu nak berpisah dengan anak walau satu malam..mesti ada depan mata semua..paling jauh dia pernah tidur pon di bilik sebelah..si kakak pernah terpisah 2 malam kerana saya warded di hospital melahirkan anak kedua..si adik langsung tak pernah berpisah kerana masih menyusu badan..waktu bekerja sahaja mereka berkasih dengan pengasuh..
    zara recently posted…Tips Legakan Pelvic Pain Atau Kesakitan Pelvis Semasa HamilMy Profile

  4. Sama gak.. anak sepanjang cuti sekolah sibuk tidur dengan nenek dia je.. walaupun sebelah bilik je, tapi rindu-rinduan tahap dewa dah.. sebab tak biasa berpisah..
    Moms Avenue recently posted…Ujian Kehamilan Di RumahMy Profile

  5. haha,, x pe kak,, jauh dimata ,,dekat di hati..
    sentiasa doakan mereka..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge