Pagi-pagi dah bangun awal sebab ada aktiviti sukan tahunan kat sekolah kebangsaan desa petaling (skdp). Si kakak lagi bangun awal pagi, 5.30 dah bangun, kakak excited nak main sukan..kalau hari biasa setiap hari kena kejutkan punya liat nak bangun pergi sekolah.
Bila tanya, kakak main sukan apa kat sekolah? Dia pun tak tahu main sukan apa. Aku tanya lagi kakak main ke? Dia cakap main… Aku fikir budak baru mesti tak ada sukan untuk mereka. Tapi aku silap, budak pra-sekolah dan kelas pendidikan khas pun ada…matlamat kerajaan 1Murid 1Sukan gitu..lagipun sukan di sekolah rendah dengan sekolah tadika kan beza..kalau sekolah tadika wakil antara tadika tapi dah sekolah rendah wakil antara rumah sukan.
Kategori warna rumah sukan masih sama…kuning, merah, hijau dan biru..mesti akan ada empat warna rumah sukan ini..masa sekolah dulu rumah sukan yang selalu menang rumah biru dan merahkan..berlawanan saja antara rumah biru dan merah berebut nombor satu..Lupa pula nak ambil gambar khemah masing-masing..sangat kreatif anak murid dan cikgu dengan tema masing-masing..kalau hijau bertema turtles, kuning bertema spongebob, biru bertema robot dan merah bertema ahli silap mata…
Ketua perbarisan yang diketuai oleh murid tahun enam..baju kuning lelaki ni dapat anugerah Olahragawan sekolah.
Selepas perbarisan dan pembukaan, terus dilangsung sukan yang mula dengan kelas pra-sekolah. kelas pra-sekolah tak wakil rumah sukan..lawan sesama kawan sekelas saja.
Turutan aktiviti sukan mengikut tahun 1,2,3 hingga 6. Walaupun berlainan rumah sukan, adillah setiap aktiviti sukan diwakilkan mengikut tahun.
Sekali ada yang terguling kat tengah-tengah tu. hati-hati adik…risau juga takut terhantuk dengan lantai tapak perhimpunan ni.
Skdp memang tak ada padang. Semua aktiviti sukan acara balapan dan padang terpaksa dibuat di tempat perhimpunan sekolah…macam acara 4 x 100 meter hanya boleh dibuat 4 x 60 meter sahaja…begitu juga larian pecut dan larian berpagar…hanya untuk jarak 60 meter sahaja..
Selain acara sukan untuk murid sekolah, ada juga acara sukan khas untuk bekas pelajar, ibu dan guru.
Paling meriah dengan sorakan, ketika acara tarik tali antara bapa dan guru..seriau tengok wakil bapa-bapa…cikgu macam kecut perut jer…hehehe…mestiah wakil bapa yang menang..tengok badan pun dah tahu…
Pastu ada anak sepupu mr.ery tanya mak dia lepas habis acara sukan.
Kak ema jadi apa boleh duduk sekali dengan cikgu kat atas tu?
Kak ema jadi apa? Kak ema jadi orang lah..mungkin anak sepupu ni syak aku ni cikgu kat sekolah dia kot….hehehehe.
Bersama rakan ajk PIBG sekolah yang hadir bagi sokongan.haih, si aqeel pun sama pula gaya jari.
Yeah, kakak pulang tanpa tangan kosong..kakak happy dapat bawa balik dua medal satu emas dan satu gangsa…yang peliknya time bila pula kakak main dua acara ni?
Boleh tahan berat juga medal ni…