Sabtu, 24 April bertempat di Stadium Badminton Kuala Lumpur diadakan Hari Sukan Tabika Perpaduan Daerah Cheras. Tempat ni dah pernah pergi masa kakak Azwa bersukan dulu, tapi tak tahulah macam tak ingat langsung. Ingatkan dewan ni belaka bangunan PGRM. Rupanya dewan ini dewan badminton seberang jalan dari PGRM. Berpusing-pusing aku dengan kakak Azwa. Dahlah jalan banyak lencongan.
Hari Sukan Tabika Perpaduan Daerah Cheras
Sampai sana, majlis perasmian belum mula. Masih menunggu ketibaan VIP. Kanak-kanak ribena, tengah beratur menunggu. Tak susah pun nak cari kumpulan dari Sekolah Tadika Perpaduan Kamara sebab dah dimaklumkan cikgu team Purple. Nampak belon purple tergantung. kat situlah tempatnya.
Lepas bacaan doa, perasmian semua. Persembahan senamrobik dari cikgu-cikgu sambil diikuti pembantu cikgu dan kanak-kanak. Mak bapak pun boleh ikut tapi masing-masing sibuk ambil gambar dan video anak-anak termasuk aku. Aku ada videokan masa tarian Aqeel ni. ikut suka hati dia jer…Ini LINK video tarian senamrobik dia. Buat kenangan aku sekeluarga.
Menyesal tak bawa kamera gedabak. Bawa kamera kompak yang dah nak habis bateri. Handphone pun habis bateri. Semua kualiti gambar tak cantik.
LINK ini senamrobik dari cikgu-cikgu
Sukan Anak-Anak Tadika
Kakak Azwa, dia sangat agresif bila bersukan walaupun masa itu umur baru empat tahun. semua acara dia nak masuk. Tapi Aqeel ini lain sikit. Kurang agresif bab sukan. Itu pasal dia hanya dapat masuk acara sukan terbuka.
Acara terbuka seperti berebut gula-gula. Acara yang selalu dia masuk masa hari keluarga. Cikgu cakap, masa latihan untuk acara terbuka acara straw dan getah. Tapi hari kejadian, last minit tukar kepada acara rebut gula-gula.
Mak-mak tak boleh dekat pun masa acara sukan. hanya cikgu dan AJK terlibat saja. Tengok Aqeel, orang semua tangkas rebut gula-gula. Dia rileks perhatikan orang. sampai cikgu bantu dia masukkan gula-gula dalam baju.
Orang masih berebut dia dah bingkas bangun keluar.
Dapatlah dua tiga jajan dan gula-gula. Sukalah tu boleh makan kan.
Satu acara je yang Aqeel masuk. Aku tengok kanak-kanak lain. Banyak mencuit hati. Sampai ada cikgu jatuh bersama murid gara-gara nak betulkan laluan larian. Budak itu menangis, sebab tangan terkepit celahan kaki cikgu. Cikgu excited nak menang.
Ada yang jatuh sebab licin. Tapi laju bangun balik. Sebab dengar sorakan cikgu lebih kuat suruh lari..lari..lariii.
Kenapa ni dik? Mahu gaduh ke? Ini sebab salah laluan untuk pusingan kon. Laluan sebelah-sebelah dekat sangat sampai anak-anak keliru yang mana satu mereka punya.
Ada tu sampai ketuk-ketuk gelung sebab bola tak keluar. Ini LINK video anak-anak ribena bersukan.
Alahai… Comeynya kanak-kanak ni bila bersukan… 😉
Anuar recently posted…Denaihati dan Abah, Adik nak Kahwin!
Seronok tengok aksi budak2 bersukan, macam2 ragam kan 😀
Myra Jay recently posted…Lasagna Telur Bercheese
memang macam-macam ragam boleh lihat.
emarieys recently posted…Layan Diri Dobi 24 Jam Desa Petaling
ha.. ha.. kelakar.. dulu pun anak2 akak masa tadika cikgu2 yang lebih tau… padahal dah cakap semnagat kesukanan bukan menang dan kalah… lebih tau…
cho zila recently posted…Cuti Sakit
itulah, kata nak bagi anak-anak semangat sukan tapi cikgu menjerit macam paksa anak-anak murid kerja kuat untuk menang.
emarieys recently posted…Layan Diri Dobi 24 Jam Desa Petaling
meriahnye sukaneka…comel2 je budak2…
Aqeel jenis tak aggressive macam Kak Azwa tu Ema. Budak lelaki kan lambat sikit matangnya. Lagipun Aqeel ni manja lebih.. tak suka berebut. Dah dapat gula-gula sudahlah pada dia banyak pun tak habis:)
Biasa kalau sukan anak-anak tadika yg jerit lebih yg menonton Ema. Budak-budaknya selamba aje:)
Kakzakie Purvit recently posted…Jauh di mata dekat di hati, titipan di terima dari Yati
itulah kak, beza budak berdua tu.. Aqeel orang tertolak sikit dia dah ke belakang.. memang yang semangatnya para ibu bapa dan guru.
emarieys recently posted…Layan Diri Dobi 24 Jam Desa Petaling
Seronokkan bila tengok budak-budak ni bersukan. Memang tergelak ajelah tengok keletah mereka. Aqeel malulah tu kot ramai sangat makwe kat tadika tu 🙂
Dapat gula-gula dan jajan sikit pun dah oklahkan, Aqeel. Ada juga makanan. Dapat bayangkan macamana Ema pun ligat bagi semangat kat anak ya!
Mummydearie recently posted…Grocery Shopping, Kenny Rogers, kek dan Domino’s
kalau turn kakak dulu, memang semangat sakanlah sampai melompat lagi…hehehe…
emarieys recently posted…Layan Diri Dobi 24 Jam Desa Petaling
hahaha comelnye..ade yang tergolek lak tu..semangat kesukanan tinggi..tak sabar nak tunggu hari sukan pertama anak saya hujung bulan ni..
zara recently posted…Mengapa Ibu Hamil Perlukan Asid Folik
memang seronok tengok mereka beraksi.
emarieys recently posted…Layan Diri Dobi 24 Jam Desa Petaling
Amboi cikgu pulak terlebih xcited sampai tercepit tangan murid ya….
Selalunya macam tu…tu tak termasuk mak2 yang lagi2 lah over xcited…Yelah nak ambil gambar lah…videolah…nak buat kenangan…Bukan nya selalu dapat lihat acara anak2 prasekolah macam ni..Masuk tahun satu dah lain plk acaranya…
Apa pun gudluck to Aqeel berjaya juga dapat rebut gule2…walaupun dia seorang yg xagresif n cool gitew..
BUNDA recently posted…Sindrom Coronavirus: MERS CoV..
sambil menjerit sambil merekod video anak-anak bersukan..betul tu bonda bila dah tahun satu saingannya lagi luas…
emarieys recently posted…Layan Diri Dobi 24 Jam Desa Petaling
seronok tengok gelagat anak2 ni kan ema, memang betul, yang paling excited adalah cikgu dan parents nya heha
ajumohit recently posted…Menang RM100 Contest Yeo’s Malaysia
Budak2 time bersukan mmg comel. Mcm2 aksi.
tengok gambar-gambar kat sini..teringat pula kenangan masa mengajar tadika..memang cikgu lebih bersemangat berbanding anak murid..hehehe
puteri kasih recently posted…Idea Bercucuk Tanam Jimatkan Ruang
seronoknya tengok bebudak bersukan. hati yg sedih bleh ceria kalo tgk aksi mereka. aqeel ni akak ingat dia mmg jenis cool tak suka berebut la kot. sbb tu dia relax je bila org lain berebut gula2.
Meraihnya. Suka tgk aksi bebudak klo bersukan ☺
Fiza Rahman recently posted…WW #43: Jom Potong Rambut
Wah bestttt nih…meriah…budak budak.mesti seronokkan…mcm mcm gelagat
hari-hari gua gelak. haha..
titan recently posted…Biskut Galleta yang sedap dan yummy!
Tengok entry ni teringat pulak masa anak kecik2 dulu, salah satu kenangan yang terindah buat kita dan mereka sebenarnya bila bukak balik album2 lama.
Memang kita selalunya yg terlebih semangat bila acara sukan anak2..syiokk sangat
Hannyabdullah recently posted…Panduan Bekerja Di Rumah Untuk Wanita
salam kak ema..lama tak membaca di blog akak nih.. baru “bernafas sikit” lepas keluar dari wad.
syok dapat hadir hari sukan anak. sukan tadika Kimi pada 26 April tu, saya tak dapat pergi sebab kena jaga Hani di wad. sudahnya, Kimi taknak join sukan. hanya baca ikrar dan taekwando, terus blah bawak bapak dia pergi The Mines. boring dia kata.. panjang pulak komen ni..
nak sambung silent reader entri akak yang lain pulak.. 😉
ctfand recently posted…Kebanjiran Xaxis CPUV Dari Nuffnang
Tentu riuh dewan dengan suara budak-budak dan ibubapa.