Logo KBBA
Scrub Mask Arang

Akar.Co Conteng Arang Di Muka Nak Cantik Punya Pasal

Terkejut tak tengok muka mamaema macam ni? Nak cantik punya pasal, umur pun dah nak dekat 40-an, barulah terhegeh-hegeh nak cari produk cantik untuk muka. Aku ni jenis malas nak cuci muka, kalau ada yang tanya pakai pencuci muka apa? nak jawab pun tak tahu..jarang beli pencuci muka, yang ada pun pencuci muka untuk review, aku akan guna pakai…sabun mandi pun aku guna..Alhamdulillah, kulit muka bukan jenis sensitif…cuma bila selalu berada dalam bilik aircond..kulit muka jadi kering.

Akar.co 2 in 1 Mask and Scrub

Aku dapat produk dari Akar.co untuk di review. Awalnya, aku susah hati juga nak review produk Akar.co sebab tak pernah guna arang untuk sapu dimuka. Aku guna arang untuk bakar BBQ jer.. Dapat produk, pertama sekali yang aku buat..hidu bau. Okey, tidak bau arang..tapi bau wangi berangin..Korang layari video di bawah:

Penerangan Cara Pemakaian.

Produk menconteng arang dimuka ini bukan sejenis pencuci muka tau, tapi sejenis mask dan scrub. 2 in 1 mask and scrub. Sedikit penerangan cara penggunaannya:

  1. Ambil sedikit Arang.co dengan menggunakan jari pun boleh, dan sapu keseluruhan muka. Pastikan muka sedikit lembap, untuk memudahkan arang mudah melekat.
  2. Biarkan selama 1-3 minit sebagai topeng dimuka.
  3. Bilas dan sapu dengan tuala bersih.
  4. Ulang 2-3 kali seminggu untuk dapat result terbaik.

Komen Aku

Selepas aku buat sapuan, rasa kulit muka berangin dan segar. Jangan risau, berangin dia bukan berangin minyak angin tu…Aku dapat rasakan kulit aku agak bersih dan cerah sedikit. Yea ke? Yea..betul. Memang best selepas menggunakannya.

Boleh dapatkan Akar.co di www.Akarco.com atau www.instagram.com/Akar.com atau www.facebook.com/Akar.comNatural atau

Tingkat 10, Plaza Azalea, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor.

+6 016 566 6013

hello.akarco@gmail.com

 

About emarieys

Ema has written 1127 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

2 Shares

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge