Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung

Air Tuak Kampung Kulim, Pasir Puteh. Setiap kali balik Kelantan bulan puasa, memang akan cari air tuak kulim kak dah ni.  Beza sangat dengan KL, plastik cinonet jual dengan harga RM5 sebungkus itupun campur, tapi air tuak Kak Dah Kulim plastik besar penuh ni RM9 saja di bulan puasa. tapi kalau hari biasa harga RM7. Memang puas hatilah minum.

Air tuak kelantan

Aktiviti DI Kampung

Aqeel ni, suka kejar ayam. Hari tu, tok bah dan tokma nak sembelih ayam kampung. sekali dia laung “janganlah tok bah, ayam pun nak hidup juga”. Tetap juga tok bah sembelih tiga ekor ayam kampung. Aqeel lah yang angkat ayam bawa ke dapur. berani sungguh. Bila tanya adik nak makan tak ayam ni…terus dia cakap tak nak. Dialah yang sibuk nak buang bulu-bulu ayam.

Ayam sembelih Sembelih Ayam

ayam kampung

Raya kedua, adik bongsu buat mee kari. first time, dapat rasa masakan dari adik bongsu. Biarpun pergi beraya di rumah adik, tetap juga tak bergambar dengan adik. Itu yang rasa ralat sikit.

open house

Ada yang tegur aku kurus dan apa rahsianya. Aku sendiri tak tahu jawapan yang pasti. Mungkin masa bulan puasa, waktu berbuka aku tak makan nasi terus. hanya jamah kuih dan air. Lepas terawih, rasa lapar baru makan nasi. kalau tak lapar, jumpa sahurlah baru makan nasi. Sekarang kuruslah, tunggulah beberapa bulan nantii….

About emarieys

Ema has written 1256 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

39 thoughts on “Air Tuak Kelantan dan Ayam Kampung

  1. Ema, air tuak ni air apa? Tak pernah tahu pun. Tengok warna macam air kelapa laut pulak. Pun tak pernah merasa juga. Tengok aje. Dengan tuak aje ingatkan minuman beralkohol kat rumah panjang tu… hehehe …. Cer citer sikit air apa ni sebenarnya?

    Beraninya Aqeel pegang ayam yang berdarah lepas kena sembelih. Saya tengok pun ngeri. Salutelah kat budak Aqeel ni. Kalau bagi kat anak-anak saya, mahu mereka menjerit lari lintang pukang, terus tak nak makan ayam lagi dah!
    Mummydearie recently posted…Bila Abang & Adik berbaju Melayu …My Profile

  2. sedap ayam kampung
    kali ni beraya x jumpa lak org buat rendang ke apa ke ngan ayam kg

    mmm.. tp sblm ni pon mmg nureen tgk emma dh kurus kan

  3. Wah berani juga adik pegang ayam tu..dulu kecik-kecik selalu juga tengok ayah sembelih ayam..bila dimasak cuba lupakan tentang ayam yang dipelihara tu..kang timbul rasa kesian pula..
    zara recently posted…Cerita Saya Dan ShakleeMy Profile

  4. wah org pasir puteh juga ya. Saya asal Kg Padang Pak Amat. Puan atau suami yang di Pasir Puteh tu? Tapi sekarang barang tak murah mana kat kelantan sekalipun. Ayam panggang RM24 seekor sedangkan di kl boleh dapat RM16. Banyak lagi pembandingan boleh dibuat. Tak sama dah cam dulu2.
    Raihanah Ahmad recently posted…Rawat Cyst Dengan GLA ComplexMy Profile

    1. saya Kampung Kelubi.suami pun Kelantan juga…dah tak jauh pun dengan padang pak amat. Yea, Kelantan pun ada barang harganya melebihi dari KL. lebih-lebih lagi bila tiba musim raya.
      emarieys recently posted…Birthday BoyMy Profile

  5. suami akak suka air tuak
    dia selalu beli di gua musang
    akak macam tak berapa biasa nak minum
    sebab dia minum dari kecik lagi, hehe
    btw ayam kampung sedap kan dari ayam daging

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge