Menikmati Air Terjun Sungai Lopo Hulu Langat

Bawa anak-anak menikmati air terjun Sungai Lopo Hulu Langat. Cuaca panas berdeting sekarang ni. mana-mana sungai dah kekurangan air. samalah dengan Sungai Lopo ni..hampir-hampir kering air.. semua tempat ditambak jadikan kolam. Tengok abang Aqeel, punya best dapat santai bawah air terjun yang tak berapa nak terjun. walaupun airnya tak banyak, tapi sejuk tetap rasa ke tulang.

Keadaan air sungai

Batu kat dalam sungai boleh nampak. letak Ayra tak tenggelam pun..punyalah air sungai surut.. air tak mengalir dan bertakung akan nampaklah keladak bila berkubang kat dalam tu. tapi dah tak peduli keladak apa..janji dapat merasa sejuknya. Kami sewa pondok sini RM25…parking RM 5.

Sungai Lopo 08

Nampakkan betapa keringnya air sungai lopo ni.

Sungai Lopo 06

Sungai Lopo 07

Sungai Lopo 04

Kawasan persekitaran memang cantik sangat..tapi memandangkan cuaca sekarang panas, kawasan menjadi sangat kering. Sama-samalah kita doakan musim El-Nino ini tidak berpanjangan.

Sungai Lopo 05

Tengok bas kat atas tu, memang sikit jer nak berselisih dengan kereta.. Kawasan Sungai Lopo ni banyak kawasan persendirian.. jadi, banyak homestay dan pondok-pondok rehat lain-lain tuan.. Kalau bercamping mesti nak BBQ biarpun ada ikan hanya 2 ekor jer…hahaha..namanya camping kan.

Sungai Lopo 10

Sungai Lopo 14

Ni kategori kerang ke? Tak tahu panggil apa tapi isi sedap. rasa macam sotong.

Sungai Lopo 09

Sungai Lopo 01

Sungai Lopo 02

Rasa tak puas pun mandi air terjun Sungai Lopo kali ini.. tapi kami akan datang lagi…next nak bermalam pula.

About emarieys

Ema has written 1263 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

7 thoughts on “Menikmati Air Terjun Sungai Lopo Hulu Langat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge