Loading...
Memories

Bukan air bukit

Assalamualaikum.

Rumah siapa kena gangguan bekalan air? rumah ema pun kena. malam tadi habis segala bekas tertutup termasuklah mesin basuh pergi tadah air untuk simpanan selama 6 hari. entah cukup entah tidak. harap cukup. seluruh kawasan Kuala Lumpur dan sebahagian Selangor akan hadapi masalah bekalan air.

Walau dah diberitahu melalui surat khabar dan tv masih ada yang tak tahu dan keliru. Ada yang anggap air tak ada siang, malam akan ada. Yang ingat satu hari saja yang tak ada. Ada juga yang cakap, akan tak ada air ikut kawasan-kawasan secara berperingkat-peringkat. tak tahu nak cakap, sedia saja banyak-banyak. Mana yang lebih susah, air tak ada atau elektrik tak ada?

Cuci Motor Dengan Air Free

Tapi ini, bukan air dari bukit. Air mengalir tak tahu dari paip mana. risau juga nak ambil air kat sini takut ada jangkitan air kencing tikus ke apa.

air free

Kami datang sini semata-mara nak basuh motor. yang paling seronok mereka berdua. dapat main air dan tolong cuci motor ayahnya..aku tolong juga, tolong tengok mereka.

cuci motorsambil tengok mereka seronok main air. sambil tengok bas-bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sana. sayup-sayup dengar pengumuman ketibaan bas-bas ke arah Selatan.

basuh motor

Kat sini tak ada air, kat sana (pantai timur) pula lebihan air. yang berlaku semuanya dah ditentukan oleh Allah. Moga gangguan ini tak berpanjangan dan moga gelombang kedua banjir di pantai timur tak memudaratkan. Khabarnya, hujan lebat dah turun sejak petang semalam.

 

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge