Loading...
All

Dilamun Rindu

Gambar siapa muka bulat tu? Gambar sendiri pun tak nak mengaku..

Gambar hingusan aku tak ingat umur berapa…mungkin dalam darjah 4 atau lima. hitamnya aku dulu…dulu tak ada suplemen pemutih kulit…sekarang berlambak…tapi tak adalah aku nak makan ubat putih kulit pun…terima seadanya..

Adik bongsu aku punya kerja…post kat facebook semalam. bukan nak letak gambar suami atau anak pun…eh3x, banggalah aku adik letak gambar kaklong dia kan…mereka rindu aku..aku pun rindu kat mereka.Dilamun rinduBeginilah bila duduk jauh dengan mereka. ubat rindu hanya melalui sms,whataspp mahupun fb. tak best dan tak sama kalau tak berkumpulkan. Agak lama tak balik kelantan ni. raya puasa tak balik.. raya haji nanti pun tak balik….huawaa sedihnya aku…tapi…..

Tapiiii….dan tapiiiii….malam ini, aku akan balik..yeahhhh, aku balik kelantan malam nanti. naik bas empat beranak.dah lama tak naik bas sekeluarga.. doakan perjalanan kami selamat. InsyaALLAH. Balik kejap dah boleh lepaskan rindu pada mereka.

Ramai yang nak tahu jawapan wordlesswednesday semalam. nanti aku bagitahu…

 

 

About emarieys

Ema has written 1237 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge