hari ini nak cerita pasal mukabuku atau facebook (bahasa melayu orang susah nak faham sikit)
siapa ada akaun facebook ni? rata-rata semuanya adakan. sebab kat facebook kita boleh ping2 blog kita ni..betul tak?
bukan nak cerita pasal ping-ping blog tapi nak kongsi pendapat dengan korang pasal add facebook kawan pasangan korang?
contohnya camnilah : pak we / suami korang tu sudah pasti ada kawan-kawan perempuan kan.. tak kiralah kawannya itu satu sekolah, satu universiti atau satu tempat kerja. bila pasangan korang tu add facebook kawan perempuannya..adakah korang akan add facebook kawan perempuan pasangan korang tu? kalau korang kenal okeylah…tapi korang tak kenal pun dengan kawan perempuannya. dan sebaliknya bagi mak we/ isteri.
kawan perempuan mr. ery tak pernah saya add biarpun saya pernah jumpa atau saya tak kenal. sebab kalau add pun tak tahu nak borak pasal apa? lainlah kalau kawannya itu add saya dulu..barulah saya approvekan..mungkin kawannya nak kenal diri kita juga.tapi kalau add semata-mata tak ada point..baik tak payah.
pendapat korang camana?