All

Ada apa kat Maktab Polis DiRaja Cheras ini

namanya Maktab Polis DiRaja Cheras. sah-sah adanya pegawai polis kat sana. sebenarnya ada kenduri kahwin. kali kedua dah ema attend kenduri kat sini. dua-dua atas sebab jemputan bekas pegawai ema dulu.yang paling lucu masa nak attend kenduri yang pertama. bila kami sampai kat depan bangunan tu, kami lihat ada orang sambut depan pintu siap dengan pakai baju melayu bersamping lengkap segala. terus kami keluar dari situ dan balik rumah tukar pakaian. mr. ery pakai baju melayu tanpa sampinglah. ema pula berbaju kurung. sebelum ini mr. ery pakai seluar dan kemeja dan ema pakai blouse. rasa macam tak sesuailah nak masuk dengan pakai baju gitu. lagipun majlisnya di dewan besar. seganlah pula. bila kami sampai dalam dewan, tak ada protokol pun. macam majlis kat rumah-rumah saja. ada juga yang pakai pakaian sebelum kami. itulah dinamakan first time.

bila kali ini kenduri kedua kami pergi. mr. ery dah tak pakai baju melayu. sekadar seluar dan baju t-shirt lengan panjang. janji ada sopan santunnya.

anak-anak suka sangat bila bawa balik gula-gula sebekas sorang. belum sempat sampai rumah dah habis makan.

sekarang kalau nak buat majlis kenduri kalau tak ada ribu riban jangan cakaplah. cenderahati pun dah cecah ribu. belum lagi masuk belanja makan tetamu, sewa pelamin, sewa baju, jurugambar dan sebagainya. tapi janganlah semata-mata nak kahwin, sanggup buat pinjaman ribu riban yea. apa yang penting akad nikah nya. majlis kecil-kecil pun dah cukup kalau yang tidak mampu.

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
0 Shares

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge