untuk pengetahuan (yang hantar komen kat entri sebelum ini), azwa belum lagi masuk tahun satu. tahun depan baru enam tahun. cuma untuk tahun 2013, ema dah daftarkan untuk tahun satu.
8 tahun tak jumpa
hari ini ema nak kongsi sedikit kisah perjumpaan ema dengan seorang kawan satu tempat belajar di PSDC dulu pada 27 Dis 11. 8 tahun pisah dan tak jumpa dengan Wan Roshidayu ni. dia tetap maintain dan semakin comel. ema jer yang dipam-pam..huhuhu.maklumlah anak dah dua (ayat sedapkan hati).
biarpun dia tengah belajar kat ciast di Shah Alam. tapi susah juga nak jumpa. ini pun gara-gara dia dah nak pergi praktikal kat Penang. 8 tahun tak jumpa. memang panjanglah ceritanya..cit cat..cit cat..bagai…
kami plan nak jumpa seorang lagi kawan kat Putrajaya. satu tempat belajar juga tapi lain course. cuma satu bilik masa kat hostel dulu. hampir 10 tahun tak jumpa dengan kak yanie. tak tahu pun kak yanie ni kerja kat Putrajaya. itupun selepas wan yang bagitahu. asalnya nak jumpa kat Alamanda. last-last jumpa kat kuarters di presint 17. jenuh pusing-pusing cari kuartersnya. kuarters baru. pakai gps pun tak dapat cari. kak yanie, pun masih seperti dulu juga..aduh, semakin jeleslahhhhh… thanks akak, belanja makan pizza domino….anak-anak ema yang banyak habiskan…haishhh..
akhirnya ema tinggalkan wan kat rumah kak yanie. kita pisah sementara sini dulu yer wan. maaf wan kalau terkurang yer. seronok sangat jumpa kawan-kawan lama ni.
baju hitam wan..tudung biru kak yanie..lain-lain korang dah kenalkan
notajari : kalau ada duit banyak..dah plan buat reunion ni. semoga rezeki ku lebih di masa datang…AMIN…