Cara Menghilangkan Kutu Rambut Dan Telur Kutu Di Kepala.
Stress mak tengok kepala anak ada kutu. Adoii anak berjangkit kutu dengan siapa ni. Sebut kutu, tetiba kepala krik krik krik gatal. Teringat pula video kepala yang penuh dengan kutu. Tak dapat bayangkan, empunya kepala tak ada perasaan ke? tak rasa gatal-gatal ke?. mustahil betul.
Tengok anak asyik menggaru-garu kepala. Terdetik “anak aku ada kutu ke ni”..”Meh, abang mama nak check kepala kamu, asyik menggaru jer”. Selak-selak rambut yang pendek tu, nampak bersinar-sinar telur kutu..terus tarik..letak kat kuku dan picit. perghh, bunyinya tak menahan..macam tengah kekenyangan. “patutlah abang asyik menggaru, ada telur kutu kat kepala kamu ni”..mulalah stress. Dah seorang ada, yang lain-lain mestilah ada. Okey next, check kepala kakak pula.. Bertambah stress mak, ada juga..tinggal telur kutu yang dah menjadi anak (tak reti nak explain apa). otomatik kepala sendiri pun jadi gatal.
Ayra? Check juga rambut Ayra yang jarang-jarang tu, tak jumpa pula kutu dan telurnya. Bila kepala anak ada, mulalah rasa was-was, kepala sendiri ada ke tak ni? Masa tu jugalah kepala tetiba gatal. Minta anak tolong selak rambut tengok ada telur ke tak kat kepala mama, yang anak pula beria cakap “ada mama, banyaknya putih-putih,”.. Itu kelemumur lah anak. Tak boleh dibiarkan, makin lama makin beranak pinak kutu kat kepala. So, cari jalan penyelesaiannya.
Cara Menghilangkan Kutu Rambut.
1) Sikat Kutu – Kena beli kat kedai, minta nak sikat kutu. Sikat kutu ni jejari yang rapat-rapat. Tapi tak berbaloi sebenarnya, bila sikat, ia tak kaut telur kutu pun, kaut ibu kutu, anak kutu pun susah nak lekat. Lagipun, tak tahan lama. cepat patah sikat cepat rongak.
2) Racun Serangga – Tahu racun serangga yang mana. Racun serangga untuk nyamuk tu. Tak kisahlah jenama Ridsect atau Fumakila ke apa.. tapi nak racun serangga jenis semburan lah. bukan yang serbuk. Cubalah, sangat menjadi. Bapa, ibu, anak kutu mampus malah telur kutu pun terus terbantut nak biak. Cuma, kena tahan dengan bau semburan racunlah. Agak tak sesuai untuk kepala anak-anak sebenarnya. Sembur di rambut, bungkus kepala dengan tuala putih dan biarkan 1 jam. Lepas tu, buka tuala, tengok mati keras kutu-kutu lekat di tuala.
3) Syampu Kutu – Beli syampu kat mana-mana farmasi. Teringat masa tinggal di asrama. Selalulah kena jangkit kutu ni. Biasalah dah duduk ramai-ramai kan. Call mak, minta hantar syampu kutu kat asrama. Pakai syampu cara terbaik juga untuk hapuskan kutu-kutu ni. Tapi kena terpaksa bertahanlah jangkitan dari kepala orang lain selagi orang lain tak cuba merawat.
4) Minyak Nitclear – Ini first time try pakai minyak Nitclear. Rupa minyak ni macam baby oil yang tak ada bau. Boleh dapat di farmasi juga. Lumur kat rambut dan biarkan 1 jam. Lepas tu pergi cuci dan sikat dengan sikat yang diberi percuma dalam kotak minyak nitclear. Sikat kutu yang diberi memang best. sebab jejarinya halus dan besi. Sekali sikat dengan telur sekali ia dapat.
5) Cara paling senang..terus botakkan kepala.
Walaupun dah cuba macam-macam cara, selagi orang yang duduk dekat tak merawat, selagi itulah kutu ni akan membiak. Paling cepat berjangkit pada anak-anak yang tinggal di taska asuhan ataupun sekolah rendah.
Teringat semasa zaman kecil-kecil dulu bila kami adik-beradik ada kutu…. memang stress gila rasanya… Tapi seronok bila dapat bunuh kutu guna kuku..
Anuar recently posted…Belajar ilmu pemasaran internet, Jangan setakat separuh jalan!
Sikat halus untuk buang kutu tu memang lejen, dapat kutu picit-picit sampai penyek
Ikhwan recently posted…Nampak Terdesak Nak Menjual
cara botakkan kepala tu paling berkesan.. tak perlu kisah org sebelah ada kutu ke tak..
Assalam,
Anak sy pn berkutu, bla gatal dia garu smpai berkudis pulak kulit kepala..macam jerawat batu..so boleh pakai ke syampu yg admin post tu?dah cb mcm2 ubat kutu kat farmasi tp mcm xjalan jerk…aduhh stress jugak la..rmbut nye lebat..kang kasi botak dia segan pulak!! anak sy umur 4 thn lebih..
Ema ni biar betul guna spray serangga. Menakutkan aje hihi…
Beli yg shampoo kutu tu ajelah kalau betul kat farmasi ada jual
Taklah bahaya sebab memang khas utk kutu atas kepala.
Tapi sekarang macam jarang org ada kutu kan..
Dulu masa kakak kecik memang ada kutu tau Ema
Tapi tak tahulah arwah mak kakak buat macamana.
Yg kakak ingat tiap kali cuti hujung minggu mak sikat kutu
Tak geli pulak masa tu…
sikat halus aka sikat kutu tu bagus… tapi nak kena rajin la…
waa.. best gak nih.. bleh standby nanti2.. hee~ thanx tau !!
SA potong rambut cantik dania dulu sebab berkutu la….cantik giler rambut dia tau
Suria Amanda recently posted…TIPS ELAKKAN TEKANAN KETIKA MELANCONG
benda paling merisaukan ibu bapa sebab ianya cepat berjangkit.
Ira recently posted…Respon Keluarga Bila Insan Tersayang Dapat Kesan
Boleh bgtau tak macam mana cara nak pakai minyak Nitclear ni? Saya pon ada masalah kutu jugak…. berjangkit masa kat taska sampai
sekarang tak hilang 😢
Lumur kat rambut dan biarkan 1 jam. Lepas tu pergi cuci dan sikat dengan sikat yang diberi percuma dalam kotak minyak nitclear.
emarieys recently posted…Rumah PPA1M Brickfields Jadi Rebutan