Loading...
Event

3.7 Juta Pengunjung Datang Ke MAHA 2016

3.7 Juta Pengunjung Datang ke MAHA 2016. Berakhir sudah ekspo MAHA 2016 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang setelah 11 hari berlangsung sejak 1 Dec- 11 Dec 2016. Penganjuran ekspo MAHA 2016 kali ini, telah mencatat sejarah tersendiri kerana melepasi sasaran dengan kedatangan 3.8 juta pengunjung. Hebat, sangat luar biasa sambutannya.

MAHA 2016 atau nama penuhnya Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia sangat bersesuaian dengan masa yang diadakan iaitu pada musim cuti sekolah. Pengunjung-pengunjung yang datang bukan sahaja dari Malaysia malah ia turut menarik perhatian pengunjung dari luar negara.

Sebanyak 1500 gerai pameran dari pelbagai kategori seperti pelancongan tani, gaya hidup agro, perdagangan dan inovasi teknologi terkini. Antara tarikan utama MAHA 2016  adalah seminar perniagaan, palancaran produk, agro bazaar, pelancongan tani, persembahan kebudayaan, upin ipin, mok cun dan sebagainya.

Bila pergi ke tempat yang penuh sesak dengan orang ramai, mula difikirkan masalah tempat solat, tandas dan ruang parkir. Tapi, semua masalah itu telah berjaya diatasi dengan sebaiknya oleh penganjur MAHA 2016. Kemudahan yang banyak dan sangat selesa telah disediakan. Bagi yang menggunakan perkhidmatan awam, pihak penganjur telah menyediakan shuttle bas dari stesen komuter.

Tahniah kepada penganjur dan peserta MAHA 2016. Tunggu dua tahun lagi untuk penganjuran MAHA yang pastinya lebih hebat lagi.

 

About emarieys

Ema has written 1239 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

4 comments
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge