Malaysia Quarantine Centre Support Group During COVID-19 MCO

Tahniah pada admin group Malaysia Quarantine Centre Support Group yang mewujudkan support group ini.

Berkuatkuasa 24 Julai 2020, semua penumpang yang pulang/pergi ke Malaysia diwajibkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin khusus semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan menanggung kos untuk kuarantin sepertimana yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dengan adanya support group ini, pengalaman bagi first person yang menjalani proses kuarantin dikongsikan dan dapat membantu orang lain.

Sebarang persoalan juga boleh diajukan. Tapi sebelum mengajukan soalan sebaiknya rujuk kepada post-post terdahulu untuk mengelakkan dari soalan yang sama.

Sedia maklum, hotel untuk kuarantin tidak boleh dipilih dan pihak KKM sahaja yang akan menentukan setibanya di KLIA.

Antara yang dikongsikan oleh mereka-mereka yang menjalani kuarantin:

  • Sepanjang kuarantin tidak dapat berhubung dengan orang luar dan hanya akan berada di dalam bilik hotel sahaja. So, apa yang nak dilakukan selama 14 hari di bilik? Apa yang dikongsikan mereka, ada yang bersenam, bermain game, walking counting step.
  • Berkongsi breakfast, lunch dan dinner.
  • Sediakan dry food banyak-banyak lebih-lebih lagi bagi yang ada anak kecil.
  • Sediakan mainan dan aktiviti untuk anak-anak.
  • Boleh beli dry food melalui hotel, online shopping tetapi tertakluk kepada pihak hotel mahupun KKM.

Maksimum bayaran kuarantin adalah sebanyak RM2100 seorang untuk 14 hari. Tambahan RM50 bagi orang kedua dan ketiga. Anak berumur 6 tahun ke bawah tidak dikenakan bayaran.

Korang boleh join Malaysia Quarantine Group Support ini.

 

 

Tagged : / / /