Raya Dah Nak Habis, Baju Raya Masih Tak DiTerima. Nak Salahkan Siapa Ni.

Beli baju raya online.

Raya dah nak habis, baju raya masih lagi tak diterima.

Nak salahkan siapa ni?

Salahkan butik?

Salahkan agent?

atau nak salahkan servis penghantaran?

Kalau korang di tempat aku…amukan apakah yang korang akan buat?

Nasiblah aku tak jadi balik beraya.

Tapi tak balik beraya pun, baju kenalah sampai sebelum hari raya. Tak gitu?

Alasannya sebab PKP.

Okey, aku terimalah sebab PKP kali ini.

Nampak ramai yang share dengan parcel-parcel berlambak di pusat-pusat penghantaran tu kan..lagi-lagi kat KLIA Hub tu.

Post aku pasal Servis J&T yang lama pun ramai yang komen tanda tidak puas hati.

Tapi kali ini aku tak tahu nak salahkan siapa?

Private Message Tak diLayan

Terpaksalah aku berkomunikasi dengan agent dan syarikat penghantaran.

Sebab aku pm di WhatApps dan IG pemilik butik, tak dilayan pun. Komen dipadam ada lah..oppss.

Kata hati aku mungkin tak nak ada negatif komen pada IG kan..dan mungkin aku tak patut bertanya dengan dia sebab aku beli melalui agent.

Aku just tulis “baju raya saya tak sampai lagi, tolong check parcel saya kat mana?” 

Dah tak dilayan, contact dengan agent jer lah.

Selain agent, aku PM juga dengan syarikat penghantaran bertanya parcel kat mana.

Tengok dalam sistem tak bergerak dan tak ada pula tulis kat hub mana.

Lepas beberapa hari baru nampak progress pergerakan…tapi hanya pada tarikh..tetap tak tahu kat mana parcel itu berada.

Last sekali, syarikat penghantaran hantar mesej parcel kena return back to seller atas sebab tiada orang kat rumah yang dialamatkan.

Hurm..kan PKP ni..semestinya ada orang di rumah.

Tak apalah nak buat macam mana…tak ada rezeki nak terima sebelum raya.

Masa yang sama, aku pun macam dah fed up nak tunggu, aku minta refund.

Jawapan dari agent, dia perlu tanya dulu dengan pemilik butik.

Okey, pemilik butik macam setuju nak refund.

Selang beberapa jam, dapat pula mesej parcel dah diterima oleh pemilik butik.

baju raya online

Jawabnya, no refund lah..tapi tak apa..janji baju itu confirm dapat.

Terpaksalah tukar alamat lain untuk pos…bagi alamat KL kali ini…rumah adik ipar.

Tak serik pun nak beli baju raya online lagi. Cuma, jangan terbeli dengan scammer jer.

So, tunggulah berapa hari lagi baju akan sampai..

Dan nak kena pastikan cukup lengkaplah baju raya untuk aku sekeluarga tu.

Update: Baju raya dah selamat sampai ke alamat rumah adik. Cukup lengkap siap ada cenderahati. Alhamdulillah dan terima kasih.

Tagged : /