Kek Milo Moist Meleleh Sukatan Cawan No Mixer No Oven

Kek milo pulak dah. Mentang-mentang tengah viral kek milo 3 bahan kan.

Aku tak buat pun kek milo 3 bahan milo, susu dan telur tu.

Aku buat yang lain, tapi bahan-bahan lebih kurang sama hanya tambah sedikit bahan lain.

Yang ni lagi moist giler… sedap sungguh.

Tak pakai oven, tak pakai mixer, sukat pun pakai cawan.

Mudah sangatlah.

Bahan-Bahannya:

  • 1 cawan milo
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 biji telur (gred B)
  • 3/4 cawan susu full cream/susu sejat
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh esen vanilla

Step 1

Satukan 1 cawan milo, 1 cawan tepung gandum, 1 sudu teh soda bikarbonat, 1 sudu teh baking powder. Ayak bersama dan gaul bagi rata.

Step 2

Masukkan 3/4 cawan gula perang, 2 biji telur, 3/4 cawan susu full cream/susu sejat, 1/4 cawan minyak masak dan 1 sudu teh esen vanilla dalam mangkuk yang sama (step 1). Kacau sehingga likat dan tiada ketulan. 

Uli kek tak penat seperti uli biskut ala Famous Amous.

Step 3

Curah adunan ke dalam bekas/mangkuk yang tahan panas. Kalau ada baking paper letaklah…Kalau tak ada sapu sedikit mentega sekeliling bekas/mangkuk.

Step 4

Tutup bahagian atas bekas/mangkuk adunan kek. Aku pakai aluminium paper jer.

Step 5

Masukkan dalam pengukus selama 50-60 minit. Cucuk dengan lidi kek. Kalau tak lekat pada lidi, tandanya kek dah masak.

Milo Granache (atas kek)

  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan milo
  • 3 sudu besar mentega
  • 1/3 cawan susu full cream/susu sejat

Aku gantikan milo dengan serbuk chocolate. Milo kat sini mahal..1 tin kecl pun dah USD5.

kek milo moist

Step 1

Masukkan 1 cawan susu pekat manis, 1 cawan milo dan 3 sudu besar mentega.  ke dalam kuali dan panaskan dengan api perlahan. Kacau sehingga mentega dah cair.

Step 2

Masukkan 1/3 cawan susu full cream/susu sejat dan masak sehingga sedikit menggelegak dan likat. Tutup api.

Step 3

Curah milo granache di atas kek. Hiasan : Tabur chocolate rice/chips.

Siap untuk dimakan.

Inilah resepi kek paling cepat dan senang nak buat.

Haih, kenapalah awal-awal lagi tak try buat..

Tagged : / /