Covid -19 : Aku di Guinea Ada 4 Kes, Langkah-Langkah Pencegahan Penularan

Corona virus atau COVID – 19 dikategorikan sebagai Pandemic oleh World Health Organization (WHO).

Hingga hari ini, di Guinea dah 4 kes. Aku harap tiada penambahan yang berlaku.

Sebab hari Ahad lepas, hari pilihanraya Guinea.

Malaysia dah lanjutkan tarikh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020.

Risaunya aku pada keluarga di sana. Moga cepat-cepatlah hilang virus ini.

Aku di Guinea walaupun 4 kes, mereka dah ambil langkah berjaga-jaga.

Belum ada kes, dah nampak ada yang berwaspada.

Contoh  di China Gate- tempat beli sayur, sebelum masuk kena  check suhu badan. Pekerjanya dah mula pakai mask.

cegah corona virus

Sekarang, setiap kedai runcit, supermarket, bangunan kerajaan, rumah kediaman dah disediakan tempat cuci tangan. Air yang dicampur dengan peluntur. Memang agak tajam.

Penerbangan dah disekat.

Yang balik dari negara yang ada kes tinggi dikenakan kuarantin.

Sekolah dan Universiti dah diarahkan untuk tangguh sehingga notis selanjutnya.

Jabatan kerajaan, bank-bank masih beroperasi seperti biasa.

Mungkin pengalaman mereka dengan virus Ebola pada tahun 2014, mengajar mereka untuk mencegah dari awal menangani wabak corona virus ini.

Aku tak tahu situasi akan datang macam mana?

Dengan keadaan fasiliti perubatan di sini macam mana?

YA ALLAH, HANYA PADAMU KAMI MENYEMBAH, DAN HANYA PADAMU KAMI MEMINTA PERTOLONGAN

Doa Cegah Wabak Corona Virus

 

Dipetik dari facebook Ustaz Hilmi Mukmin

 

Amalkan doa ini setiap kali selepas solat 5 waktu.

 

Aaminn aaminn aaminn Ya Rabbal Aalaminn.

 
 
 
Tagged : / /