Kedutaan Besar Malaysia di Benua Afrika. Ada Yang Tidak Tahu Embassy Malaysia Ada Di Sini

Senarai Kedutaan Besar Malaysia/Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang ada di negara dibawah Benua Afrika.

  1. Algeria – Embassy of Malaysia,  Algeria
  2. Egypt – Embassy of Malaysia, Cairo
  3. Ghana – High Commission of Malaysia, Accra
  4. Guinea – Embassy of Malaysia, Conakry
  5. Kenya – High Commission of Malaysia, Nairobi
  6. Morocco – Embassy of Malaysia, Rabat
  7. Namibia – High Commission of Malaysia, Windhoek
  8. Nigeria – High Commission of Malaysia, Abuja
  9. Senegal – Embassy of Malaysia, Dakar
  10. South Africa – High Commission of Malaysia,  Pretoria
  11. Sudan – Embassy of Malaysia, Khartoum
  12. Zimbabwe – Embassy of Malaysia, Harare

 

Tak Tahu Ada Kedutaan Malaysia di Guinea

 
 Ada yang tak tahu kewujudan Embassy of Malaysia, Conakry, Guinea. Malaysia satu-satunya negara ASEAN yang ada kedutaan di Guinea. Negara-negara ASEAN lain kebanyakkannya kedutaan mereka terletak di Dakar, Senegal.

Senegal paling terdekat dengan Guinea.

Embassy of Malaysia, Conakry, Guinea selain cover Guinea turut juga cover bagi republik Liberia, Sierra Leone, Cote d’Ivoire dan Guinea-Bissau.

Guinea secara rasmi Republik Guinea, negara pesisir barat di Afrika Barat. Dulu dikenali sebagai French Guinea. Disebut sebagai Guinea-Conakry untuk membezakan nama dan wilayah lain seperti Guinea-Bissau dan Equatorial Guinea. Guinea mempunyai populasi 12.4 juta dan kawasan seluas 245,857 kilometer persegi.

Negara berdaulat Guinea adalah republik dengan presiden yang dipilih secara langsung oleh rakyat; kedudukan ini adalah ketua negara dan ketua kerajaan.

Negara ini dinamakan sempena rantau Guinea. Guinea adalah nama tradisional bagi rantau Afrika yang terletak di sepanjang Teluk Guinea. Ia membentang ke utara melalui kawasan tropika hutan dan berakhir di Sahel.

Guinea adalah negara Islam yang majoritinya, 85 % adalah penduduk umat Islam. Bahasa Perancis, bahasa rasmi Guinea, bahasa komunikasi utama di sekolah, pentadbiran kerajaan, dan media, tetapi lebih daripada dua puluh empat bahasa pribumi juga dituturkan.

Ekonomi Guinea sebahagian besarnya bergantung kepada pengeluaran pertanian dan mineral. Ia adalah penghasil bauksit kedua terbesar di dunia, dan mempunyai banyak berlian dan emas. Negara ini adalah teras wabak Ebola 2014.

Negara yang berisiko tinggi untuk sebarang krisis. Seeloknya, jika ada urusan di negara-negara seperti ini, lebih baik maklum pada pihak Kedutaan yang terdekat. Janganlah pula seperti “Sudah terhantuk baru terngadah”. 

Tak susah pun maklum.  Tak sempat nak datang Kedutaan, boleh melalui emel ke mwconakry@kln.gov.my maklumkan keberadaan di Guinea dan mana-mana tempat yang dicover.

Juga boleh dibuat di dalam sistem E-Konsular KLN

kedutaan besar malaysia

Datang nak bawa buah tangan dari Malaysia pun boleh..dialu-alukan..eh..

Address:
P.O.BOX 5460 Mafanco, Corniche Sud

 Telephone: +224-622-66-78-79
+224-629-30-29-29

 Email: mwconakry@kln.gov.my

Untuk alamat penuh, waktu operasi, nombor untuk dihubungi dan emel lain-lain kedutaan Malaysia boleh ke laman KLN.

 
 

Tagged : / / / /