Aqeel First Day at International School

First day at International School. My handsome boy dah start sekolah hari ini.

3 bulan duduk rumah. Selepas raya aidilfitri hari itu, terus dah tak mahu pergi sekolah lama.

Datang Conakry, masih school break. Dah lama rest, now kena mula balik untuk belajar.

Belajar kali ini sangat jauh berbeza dengan sebelum-sebelum ini.

Aku pun risau, takut Aqeel tak dapat nak fokus dan follow dengan sistem pembelajaran di International Modern School ni.

Baca: International School in Conakry

Sekolah lama dulu, duduk kelas belakang… English pun tak tinggi mana.

Alih-alih terus masuk sekolah yang tak ada cakap Malay langsung.

First day hantar Aqeel, tak ada nak tunggu-tunggu bagai.

Just drop off jer.

Aqeel terus dibawa masuk kelas.

Kelas start jam 8:00 pagi hingga 1:15 petang..sebelum 1:30 petang memang dah kena ambil.

Ada uniform, lagi 2 minggu baru dapat..

English dan French

Sebab Aqeel tak fasih English, kena ambil extra class for English dan kelas mental math.. kelas mental math ni untuk laju dalam pengiraan..

Balik sekolah, aku tanya macam mana first day.  Aqeel terus cakap “mama, ada kelas french..mana abang tahu?”. Hahaha, disebabkan duduk di negara yang memang cakap French..memang wajib ada kelas French agaknya..

first day at international school

Pesan aku “Tak apa Abang tak faham Abang diam jer..nanti lama-lama Abang akan pandai..untung Abang nanti dapat cakap 2 bahasa extra”

“Abang dah dapat kawan tak?” “Dah ada, budak lelaki from India 2 orang” “Abang cakap macam mana dengan diaorang? Diaorang bukan India from Malaysia” “Abang cakap English lah”

Kemain my handsome boy ni kan….Doakan Aqeel berjaya yer.

Tagged : / / /

Company Packaging – Tunas Planner Sdn Bhd

Tunas Planer Sdn Bhd,  company packaging yang diambil oleh Kementerian untuk pack aku punya stuff. 

Komen aku pasal Tunas Planner Sdn Bhd, salah satu syarikat pembungkusan yang boleh dimasukkan dalam kategori servis yang terbaik.

Okey, aku dah janji untuk share syarikat packaging yang wrap aku punya stuff  sekiranya aku terima dalam keadaan baik. Sabtu lepas, kontena akhirnya depan mata. Sebelum kontena dapat keluar dari port, aku sendiri kena pergi tengok kontena untuk pastikan kontena tidak diusik.

Cara Mereka Buat Kerja

Dah kira cepat juga kontena sampai ke Conakry ni. Banyak-banyak bekalan dalam kontena, paling aku risau adalah beras. Ramai juga yang pesan jangan bawa banyak beras..takut rosak diserang kutu. Tapi aku tetap juga bawa lebih. Tak kenyang makan beras kat sini..macam pulut..harga pula mahal.

Tetap ada serangan kutu. tapi tak banyak. jemur kejap kat luar, hilanglah.. Itupun hanya dua bag beras jer yang kena serang..lain semua okey..walaupun beras-beras aku tak di vacuum bag pun.

vacuum bag packaging

Packaging untuk cili kering, ikan bilis, kacang hijau, kacang tanah sahaja yang pakai vacuum bag kecil-kecil.. senang untuk aku buka satu paket bila nak pakai. Semua dapat dalam keadaan yang baik..

Masa pembungkusan kat rumah, ambil masa 3 hari juga nak setel…bungkus barang nak bawa ke sini dan hantar balik Kelantan.  1 hari aku tak dapat tengok cara diaorang buat kerja sebab pergi exam KPSL. 

company packaging

Setiap kotak diletak kertas serap air… dan yang mana barang mudah pecah, satu persatu dibungkus dengan bubble wrap. Segala botol sos cili, tomato, sos tiram, sos lada hitam dan kicap semua dibungkus satu-satu dengan bubble wrap.

Kitchen ware yang dalam kotak asal pun dibuka dan dibungkus berasingan satu-satu. Puas hati sangat.

Kotak bentuk wardrobe

Tak perasan kotak paling besar. Ini mesti kerja yang dibuat masa aku pergi exam. Sampai Conkary, baru aku tahu rupanya kotak untuk letak baju yang siap hanger.

tunas planner sdn bhd packaging

Kreatif dan kukuh lagi….ada satu dua yang jatuh dari hanger..pening naik kapal…hehehe.

wardrobe

Paling banyak dalam senarai adalah food stuff lah. Kan kebulur tinggal di negara orang ni yang mana tempat yang tak pernah aku pergi. Tanya orang-orang lama pun, cakap bawa lebih makanan. Lagi-lagi ada anak kecil.

Stok makanan kering tepung, sardin, maggi, spaghetti, biskut, minyak masak yang banyaknya… Itupun kena tengok juga expired date semua.. Tak semua boleh cecah 3 tahun…paling lama pun setakat 2 tahun jer.

wardrobe packaging

Tak banyak pun ada 67 kotak, 6 kotak orang punya kiriman… orang lain sampai beratus kotak bila posting. Dah setakat itu jer bajet yang ada..habis stok nanti, kirim dengan orang yang nak datang sini…ada ke yang nak datang jenguk kami kat Conakry ni? Huhuhuhu..

Company packaging punya alamat : Tunas Planner Sdn Bhd, No. 16, Jalan Bawal Tembak, Taman Sri Gadong, Off Jalan Bertih, 41100 Klang, Selangor

Tel: 03-3373 4782

Cawangan lain ada di Pasir Gudang dan Tanjung Pelepah.

 

 

Tagged : / /