100% ummmmm sedapnya susu fernleaf kotak ni.

Anak oh anak, tak sempat nak ambil gambar proper sikit, habis susu diminum. Penangan susu fernleaf perisa coklat. Sedap sangat lah tu. Nasib ada 4 kotak, dapat rasa seorang satu. Diam-diam, ada seorang budak kecik ni yang terlebih minum… lain tak bukan mek Ayra Sufia lah. Dia kalau nampak air warna coklat, memang itu yang dia nak.

Susu Fernleaf
unik pula straw fernleaf ni

Susu Fernleaf Terbaik

Kalau jenis lembu yang makanannya adalah rumput memang akan menghasilkan susu yang berkhasiat dan berkualiti tinggi. Pengalaman aku semasa mengambil satu bahagian korban, aku dapat lembu yang dijaga dengan baik dan diberi makan rumput. Belakang rumah tuan lembu tu, ada padang dan dibiarkan bebas tanpa dikurung dalam kandang. Hasilnya, dapat daging yang sihat dan tak ada pun cacing dalam perut lembu. Berbeza dengan lembu yang diberi makan dedak.

Susu Fernleaf

Apatah lagi di New Zealand yang sememangnya ada tanah yang subur dan mempunyai rumput yang subur. Hasilnya, susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia mengandungi banyak nutrien penting seperti protein yang berkualiti tinggi, Vitamin A dan juga Vitamin D.

New Zealand sebagai peneraju dunia dalam industri tenusu

 

3 Perisa Sedap

Ada 3 perisa susu fernleaf iaitu full cream, low fat dan chocolate bersaiz 1 liter dan 200ml. Kena buat stock ni, bagi mek Ayra Sufia. Dia kalau minum air coklat lain, susah nak buang air besar…sembelit. Bagi minum fernleaf coklat pengganti air coklat yang lain.

Susu Fernleaf

Korang tak jeles ke aku dapat cooler bag cantik ni. Ada warna kuning, putih dan hijau. Dengan pembelian susu fernleaf berharga RM28, korang pun akan dapat cooler bag juga tapi sementara stok masih ada. Kena cepatlah korang. Layari facebook FERNLEAF MALAYSIA.

 

Tagged : / / /

Ikan Segar di Kampung Setiawan Perak

Jauh benar sampai ke negeri Perak mencari ikan segar. Ini pun kebetulan ke Perak sempena Reunion Geng Otai ATM abah mertua. Alang-alang nak masuk kawasan perkampungan, mesti ada orang yang jual ikan yang fresh. So, terus prepare bawa bekas kedap udara.

Ikan Segar Kampung Setiawan

Dari chalet yang aku stay, belakangnya muara. Memang agak mudah nak dapatkan ikan yang segar. Tanya dengan orang-orang kat situ pun, memang ada orang menjual hasil laut. Jadi, sebelum balik ke KL, sempatlah singgah dan beli. Tapi….

Ikan Segar

Hari itu tak banyak ikan dibawa naik pun. Harga? Ada yang murah ada yang mahal. Berbaloi walaupun harga sedikit tinggi, tapi dapat ikan segar…rasa manis isi ikan masih kekal walaupun seminggu dalam peti ais. Beli 2 ekor ikan besar ikan siakap dan ikan apa entah lagi satu..lupa dah…

Balik ke KL, nak masak apa ikan ni…aku minta orang sebelah masakkan. Hahahaha, orang sebelah itu kedai makan… cakap jer nak masak apa…bayar upah masak jer. Senangkan.

Oh yea, ada satu tempat hasil lauk fresh kat KL yang aku baru tahu, tapi bukan kat chow kit tau. Lepas ini, tak perlu lagi cari sampai ke Bagan Lalang sana…yang dekat dah ada..

 

 

Tagged :