Pengalaman Melepaskan Anak Penyu Di Pantai Cherating

Release Baby Turtle

Aktiviti yang paling ditunggu-tunggu. Pengalaman sendiri untuk melepaskan anak-anak penyu. Kena hati-hati memegang anak penyu yer. Bukan boleh sebarangan pegang anak penyu ni, perlu pegangnya di sisi cengkerang.

Hahaha, masa pegang anak penyu, rasa geli juga bila kakinya menggelepar kiri kanan. Tak sabar nak masuk laut yer penyu. Bila tersentuh kaki penyu dengan kulit tu, rasa kasar-kasar tapi lembut. Risau takut terlepas.

Anak-anak pun dapat peluang melepaskan anak penyu juga. Pesan MamaEma pegang baik-baik..anak penyu ni sensitif. Jangan pegang bawah badan dia…situ lagi lembut tempatnya.

Kehidupan anak-anak penyu mudah terancam. Dalam 100 ekor dilepaskan, hanya beberapa ekor sahaja yang dapat survive. Anak-anak penyu terancam dengan ancaman dari burung, ancaman dari ikan besar, ancaman dari obor-obor dan ancaman dari manusia sendiri.

Bye baby turtle.. Moga umur kamu panjang yer. Untuk mengalami sendiri pengalaman melepaskan baby turtle ini, bayaran sebanyak RM20 bagi seekor baby turtle akan dikenakan. Boleh memilih pakej-pakej yang ditawarkan oleh Pihak Legend Cherating. Rugi sangat kalau tak alami pengalaman seperti ini.

Turtle Sanctuary

Sebelum aktiviti melepaskan baby turtle, kami dibawa ke Jabatan Perikanan Negeri Pahang atau Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu.

Masuk adalah percuma. Di sini, boleh dapatkan maklumat tentang kehidupan penyu. Dalamnya ada kolam yang berisi penyu dan anak-anak penyu yang bakal dilepaskan.

Satu-satunya gambar family yang lengkap.

 

Terima kasih pada KBBA9, terima kasih pada Legend Cherating. Pengalaman yang sama sekali tidak akan dilupakan. Banyak aktiviti yang disediakan untuk kami dan keluarga.

Kali ini tidak berkesempatan untuk melihat penyu bertelur kerana agak lewat malam dan jarak untuk berjalan kaki ke tempatnya lebih kurang 1KM melalui pasir pantai.

 

Tagged : / / / / / / / / / /

Keropok Lekor Kemaman dan Pasar Ikan Segar

Aktiviti seterusnya diteruskan. Kali ini ke Kemaman, Terengganu. Sempadan antara Negeri Pahang dengan Negeri Terengganu. Selalu beli keropok lekor yang sudah siap dibungkus..siap dimasak dan siap digoreng lagi. Kali ini, kita beli keropok lekor yang dimasak di depan mata terus.

Keropok Cap Intan

Kami dibawa ke Keropok Cap Intan di Kampung Geliga, Kemaman. Pengalaman kali ini, dapat lihat sendiri cara-cara membuat keropok lekor yang sedap dan lembut. Keropok yang sedap adalah dari isi ikan yang banyak dan sedikit tepung sagu.

Keropok lekor mestilah diuli dengan cara memanjang, keropok akan dimasukkan ke dalam periuk yang berisi air panas menggelegak.

Bila keropok dah timbul, itu andanya keropok sudah masak. Cara masaknya seperti masakan kuih gula melaka. Angkat dan toskan, terus boleh dimakan begitu sahaja.

Rombongan turut dijamu dengan keropok dan air teh. Ada yang memborong keropok dan sos di sini..Ada yang membeli sebagai bekalan dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur nanti. Terima kasih pengusaha. Kenyang kami anak beranak makan keropok.

Pasar Segar Kuala Kemaman

Tidak jauh dari Keropok Cap Intan, kami dibawa pula ke Pasar Segar Kuala Kemaman. Pasar yang dibuka setiap hari bermula jam 3.00 petang. Segarnya hasil laut yang dibawa ke darat ni. Jauh beza dengan yang dijual di pasaraya tu. Geram tengok.

Kalaulah pasar ini dekat dengan rumah..memang disinilah MamaEma akan pergi. Di Kuala Lumpur, tempat yang biasa MamaEma pergi beli laut segar di Pantai Bagan Lalang. Itupun jarak dari rumah jauh juga, sebulan atau dua bulan tetap pergi sekali.

Geram nak beli semua ikan-ikan bila tengok kesegarannya. Lain kali bila datang bercuti ke Cherating, plan nak berBBQ di sinilah tempatnya nak cari ikan-ikan segar yer. Kalaulah balik KL hari yang sama sanggup pergi cari kotak putih bawa balik ikan-ikan segar ni.

Sangat beza rasanya makan ikan segar dengan ikan yang dijual pasaraya. Ikan segar ni bila dimasak, terasa kemanisan isinya. Ada juga blogger yang patah balik hari esoknya, semata-mata nak bawa balik ikan segar di sini. Tapi MamaEma tak patah balik sebab kejar masa nak ke Kuantan. Walaupun tak beli ikan segar di Pasar Kuala Kemaman, MamaEma bawa balik ikan segar dari Pasar Beserah..Kawan ada bagitahu MamaEma di sana pun ada ikan segar.. Sampai sana, tak banyak ikan yang ada…mungkin dah lewat sampai.

 

Tagged : / / / / / / / / /