Curi-Curi Suka Giveaway!

Dah lama tak join sebarang contest dan giveaway ini. malam-malam begini nak buat entry pun tak ada idea. jadi, ambil peluang untuk bergiveaway. ‘Curi-Curi Suka Giveaway dari blogger abang eqbal zack.

Tarikh Tutup : 16 September 2012 sehingga 11:59 malam.

Pemenang : Random

Tarikh Pengumuman Pemenang : 18 September 2012 ( time ni ada di Sarawak. kot-kot saya bertuah nanti inform saya yer…macam konpem bertuah jer)

PRIZE DETAILS:

PRIZE x 2: 

Winners will receive book “Curi-Curi Suka” by Liyana Zahim + EZ Fridge Magnet (Limited Edition)

PRIZE x 10:

Winners will receive EZ Fridge Magnet (Limited Edition)

Klik banner untuk join

Tahniah untuk abang eqbal dah mencapai follower 6 ribu lebih.

Tagged :

Jemput datang ke rumah…

Minggu yang sangat-sangat busy. maklumlah jamuan raya sana sini.jemputan kahwin sana sini. majlis anugerah sana sini. sedikit kecewa sebab tak dapat hadir ke Majlis Anugerah SM/SSM bisnes korset premium beautiful di Cheras tempoh hari. lagipun semua ahli keluarga di landa demam.

“Jemput datang ke rumah saya petang ini”

Oh, bukan saya buat open house tau. tahun ini tak berkesempatan nak buat. INSYAALLAH next year. lagipun macam-macam benda yang berlaku sejak dua menjak ini.

Pagi sabtu, terdengar bunyi ketukan pintu rumah sayup-sayup. time tu aku tengah menjerit kat anak-anak yang bermain air dalam bilik air. bila buka pintu, jiran sebelah rupanya. jiran sebelah menjemput datang ke rumah pada petang sabtu.

Jiran rumah ini, baru pindah sini. tak sampai setahun lagi. rumah baru siap. dan kami jarang berselisih. kalau berselisih pun hanya balas senyum jer. borak pun jarang sekali.  kalau di kira baru dua kali. first, masa dia buat kenduri masuk rumah baru dan kedua masa open house tahun ini. itu bukan tandanya sombong tau..tapi penyegan yang lebih. hehehehe.

Dan hari sabtu itulah, baru aku tahu nak panggil nama jiran ini apa. sampai gitu sekali kan.

Awal petang tu, kami keluar nak buat gambar passport azwa. balik rumah dah nampak ramai orang dah bertandang rumah jiran ini. pastu suami jiran nampak kami keluar dari kereta terus angkat tangan dan menjemput lagi sekali.

Dapatlah kami merasa nikmat cendol bie ini. si azwa nak tambah tapi aku yang tak kasi…hehehehe.

cendol bieNasi minyak yang sedap dari Seri Ulik Katering. Katerer yang ada di kampung kami.

jamuan hari raya

Malamnya, sekali lagi ada open house di tadika azwa. keluar rumah malam tu. kereta memang penuh di depan rumah. Maklumlah, jiran ini ada hubungan saudara dengan KUNA dan lagipun bapa mertuanya orang ternama kat kawasan kampung kami. huhuhuhu.

Tagged :

Remember 11 September….

Today 11 September. masih ingat dengan tarikh ini? inilah tarikh kejadian WTC diserang. tapi ema bukan nak cerita mengenai kejadian yang telah berlaku.

Today 11 September 2012.

adalah hari kelahiran anak saudara ema.

“Selamat Hari Lahir Untuk Sri Farisya Aleeya”

Moga jadi anak yang solehah dan berjaya sehingga ke menara gading.

Maaf che long tak dapat pergi ke jamuan hari jadi kak long.

Jauh sangat…huhuhuhu.

Tagged :