Who is Erykah Badu?

As Salam

Nak selitkan entry pasal Erykah Badu. Siapa dia? Artis dari mana yer?

Semalam kecoh gambarnya di STAR boleh menyinggung perasaan umat Islam di Malaysia. Dan pihak STAR pun dah minta maaf atas penyebaran gambar itu..alasan diberi macam tak munasabah langsung.

Dan hari ini melalui twitter Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim telah membatalkan konsert Erykah Badu…oohh, nak buat konsert kat sini…baguslah ianya dibatalkan…ramai yang tak setuju konsertnya diadakan.

konsert erykah badu

Buat apa nak buat konsert-konsert ini. Elok panggil Ustaz Azhar Idrus ataupun Ustaz Don tu..ada juga manfaatnya.
Tagged :

Day 2 : Kilang Pasu Batu 4 Kuching Sarawak

Bagus betul pemandu van ini..datang tepat pada masanya yang dijanjikan…jam 8.00 pagi dah nampak van masuk ke tempat bermalam kami ini.

Suasana pagi hari kedua di Kuching, Sarawak mendung dan hujan renyai-renyai… biasalah bila waktu pagi..ramai yang nak pergi kerja…tak dinafikan jalan memang sibuk…. tapi pandailah pemandu van kami cari jalan yang terbaik untuk tidak sia-siakan masa yang ada..

kilang pasu

Di sini, mereka benarkan untuk mencuba sendiri cara membuat pasu bunga.so, FIL dan MIL tak lepaskan peluang untuk mencuba membuat pasu.

kilang pasuhasil seni tangan mereka

kilang pasucantikkan

kilang pasu

Kami tak beli apa-apa jenis pasu bunga yang ada sebab kedainya belum dibuka (gambar atas sekali) cuma kilang sahaja beroperasi ketika itu. Khabarnya tuan kedai tengah sangkut dalam jem.. tanpa buang masa..kami terpaksa pergi ke destinasi seterusnya.

Tagged : / / / / /

Tempat Makan di Kuching Sarawak…Wajib Singgah di TopSpot Food Court

Lepas penat berjalan…tempat seterusnya adalah tempat untuk mengisi perut yang dah lama berkeroncong.. sebab utama datang sini memang nak merasa seafood terbaiknya… rata-rata semua yang bagitahu wajib singgah ke tempat makan TopSpot Food Court ini.. tokey kedai ramai yang chinese…tapi pekerja ramai melayunya..

TopSpot Food Court terletak ditingkat atas bagunan..kat bawahnya tempat letak kereta…masuk-masuk sana terus terkena ajakan singgah dari pekerja-pekerja setiap kedai..tapi kami semua pilih kedai no. 25..sebab apa? sebab pemandu van kami yang bagitahu makan kat situ…pemandu van tak ikut sama kerana jaga beg-beg kami yang masih belum check-in ke tempat bermalam.

mula-mula yang sampai atas meja..sambal, cili potong dan bawang putih..pastu air satu jag..air pula dari kedai lain…so, kena bayar harga air dahulu.

antara lauk yang dipilih oleh FIL, SIL dan Mr. Ery

udang goreng butter

kerapu masam manis..agak berbeza dengan masakan masam manis di semenanjung

sotong goreng tepung…ada rasa masin sikit..kemungkinan dicampur dengan telur masin

ada kerang…ada sayur

siakap masak stim tak silap…lauk paling last sampai

Makin lama..makin ramai yang datang makan kat sini… tak dinafikan masakannya sedap dan harganya berpatutan….cuma ema hanya pilih lauk kerapu masam manis saja..yang lain selera tekak tak boleh terima…tapi kesemua lauk habis licin..

Ingatkan malam esoknya nak datang lagi…tapi tak berkesempatan untuk singgah dan menikmatinya sebelum balik ke Kuala Lumpur.

Tagged : / / / / /