tak hantar anak ke Sekolah Tadika Islam

salah ke?

aku yang harus dipersalahkan?

atau aku rasa serba salah…

ramai yang tanya kenapa aku tak hantar azwa ke Sekolah Tadika Islam?

sedangkan memang dapat tawaran untuk masuk ke Sekolah Tadika Islam

apa yang aku nak jawab?

bila tanya sendiri dengan azwa…memang dia nak sekolah tadika islam

tapi bila dapat juga surat tawaran kat sekolah yang dah dua tahun berturut-turut dia belajar tu

dan bila malam sebelum hari pendaftaran cikgunya telefon…

aku tanya lagi…”kakak nak sekolah mana ni”

jawabnya nak sekolah tadika islam….

esoknya pada 27 Dis 2011, ada pendaftaran kat tadika perpaduan

azwa nak pergi..jadi aku bawa dia ke sekolah lama tu

masa kat daftar pun azwa masih cakap nak sekolah tadika islam

tapi bila dah berada depan cikgu….dan tanya sekali lagi….. azwa nak sekolah situ pula..

“kena fikir betul-betul kakak…mama nak bayarkan duit pendaftaran ini”

“kakak nak sekolah sini”

dan akhirnya azwa didaftarkan di sekolah tadika perpaduan untuk tahun ketiga

betul ke cara yang aku buat ini?

harus ke aku daftarkan azwa di Sekolah Tadika Islam pada 4 Jan 2011.

persoalannya yang kedengaran di telinga

1) tak boring ke azwa belajar benda yang sama kat sekolah tu (mungkin cikgunyaa kan ajar lain sikit kat dia)

2) sekolah tadika perpaduan ajar agama islam tentang doa dan bacaan ayat suci sikit…tak macam tadika islam..banyak doa-doa yang diajar malah boleh khatam Al-Quran pun…

3) takut nanti dia akan confius tentang cara pembelajaran di Sekolah Tadika Islam nanti (dah terbiasa dengan tadika perpaduan)

3) takut kena buli dek budak-budak besar (campur dengan budak sekolah rendah)

4) bila tahun satu…kat sana pun ada kelas agama..tak pun mohon untuk sekolah agama belah petangnya…

aku sebagai mama…memang sedaya upaya cari yang terbaik demi pendidikan anak-anak…tapi bila dengar sana sini…aku jadi serba salah…dan rasa bersalah

Tagged : / /

Kejadian yang menimpa kat Janda Baik

hah, inilah kejadian yang menimpa kat Janda Baik ini
pergi tiga kereta…dua kereta yang kena
ema punya selamat..

masa sampai kereta adik ipar yang sangkut..tak apalah kereta proton saga
lagipun ada orang yang tolong tolak sama
masa nak balik kereta adik ipar yang sorang lagi pula. dah le kereta ezora…orang pun tak ada..harapkan mr. ery, bapak mertua dan owner kereta saja

kitaorang dah sampai ke pintu keluar
pastu mr. ery tunggu si adiknya (tempatnya tinggi)
tapi tak pun keluar-keluar
baru tahu yang kereta dia tersangkut
terpaksalah kitaorang masuk balik

makin lama..makin dalam pula lubang
hampir sejam…baru nak lepas
itupun habis tersembur selut-selut kat kereta

inilah puncanya..mana nak nampak longkang kecil ni
sekali sangkut…al-kisahlah jawabnya..

sambil tunggu diaorang setelkan kereta tu
kitaorang tak keluar pun dari kereta
sebab becak sangat…melayanlah anak-anak kat dalam kereta

ini gaduh dengan kakaknya..
adalah berebut apa-apa..

muka seposen tunggu bila ayahnya nak siap

kenapa owner sebelah ni tak nak rambutan kuning ni yer
ema suka sangat dengan rambutan kuning ni

korang nak tahu siapa owner sebelah Sum Sum Valley ni

dia adalah..

>

>

>

>

>

>

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir

alamak Tan Sri rupanya..ingatkan Dato’

beliau ronda-ronda dan tanya kitaorang datang dari mana lagi masa kitaorang mandi manda kat sungai pagi tu.

Tagged : / /