terima kasih incik ben….jasamu dihargai

As Salam Semua

terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada incik ben ashaari kerana :

1) melalui segmen ben ashaari, saya mempunyai kenalan baru
2) melalui segmen ben ashaari, blog saya disinggah oleh blogerian di sana
3) melalui segmen ben ashaari, saya rajin update blog…biarpun kerja di sisi sentiasa menanti…
4) melalui segmen ben ashaari, saya bangga dengan sifat-sifat yang terbit pada diri incik ben itu dengan mewujudkan kepelbagaian segmen yang menarik perhatian bloggers…
5) melalui segmen ben ashaari, anggapan saya silap semata-mata…. ingatkan orang yang femes ni akan sombong belaka….
6) melalui segmen ben ashaari, wujudlah entri terbaru jika dalam kepala tengah kosong..
7) melalui segmen ben ashaari, perkenalan di alam maya memang menyeronokan..
8) melalui segmen ben ashaari, nasihat..panduan… boleh diterima..
9) melalui segmen ben ashaari, hari-hari saya terjah ke sana…. biarpun tak sempat nak tinggalkan komen buat seketika… dan…
10)melalui segmen ben ashaari, incik ben telah membuat entri Jelajah Blog Ibu 2011 : 1…. blog saya tersenarai jua….

terima kasih banyak incik ben…..jasamu sangat-sangat dihargai….
Tagged :

A&W Melaka…. KL tak ada ke?

setelah penat lelah mengangkut barang-barang kursus… dan berehat seketika…. tanpa berlengah lagi kami sekeluarga jalan-jalan ke Dataran Pahlawan yang sebelah dengan hotel kami menginap ni.

biasalah, kalau duduk dalam bilik aircond…perut akan sentiasa minta diisi … dah tak tahu nak makan apa…so, makan sajalah A&W ni…. macamlah kat kl ni tak ada….ish3x…..


apa yang menarik kat A & W kat sini?
ala, tak ada bezanya dengan kl punya…
tapi kalau beza ia dengan McD atau KFC…
hah, tentulah air bergas yang diletak aiskrim bergelas besar itu…

 


habis kami semua belasah makanan yang dipesan…
bukan sorang..malah semua kelaparan….

Tagged : /

Jelajah Melaka

As Salam Semua

Selamat Datang ke Melaka
macam pemandu pelancong pulak….
apa yang menarik dan tertarik kat sini…
jom…kita tengok…

perjalanan saya selama 2 jam cukup aman sekali
biarpun cuaca di luar sana sangat-sangat panas ‘ting-ting’
ini kali kedua saya terjah ke Melaka atas sebab yang sama… kursus…

first sekali, harus menuju ke tempat penginapan di Hotel Equatorial.
dengan menggunakan gps pun masih tidak boleh jumpa
asyik berpusing di tempat yang sama…
akhirnya, berhenti makan tengahari (perut memasing dah kebulur)… dan bertanya dengan pengusaha restoran tu….
sini jalannya banyak one way…. terutama sekali jalan ke bandaraya….

bila sampai ke hotel nak check-in.. ada satu masalahlah pula
nama saya tak ada dalam senarai booked…
hanya ada nama bos saja….
hah, sudah…mulalah terasa gelisah…
mahu tidur kat mana kalau tak ada bilik kan…
si kakak pun dah kepenatan ni….

bos pula tak sampai lagi masa tu…
hampir sejam nak selesaikan masalah tu…
diaorang tertukar dengan surat dari opis kami
tertukar antara kementerian dalam dan luar saja…

dah setel, terus saya terjah ke bilik… di tingkat 7…
anak-anak saya tercari-cari di manakah biliknya…

inilah view dari bilik saya…
boleh nampak Dataran Pahlawan yang bersebelahan saja dengan hotel..
harus diterjah ke sana….sudah, semestinya…..


nasib baik saya bawa digi broadband
tapi linenya sangat slowlah..
nak pakai kat hotel ini…
ah, tak kuasa menghabiskan RM saya semata-mata internet ini…


ke mana pula selepas ini…..
tunggu next entry…

Tagged : /