Oh, Kejamnya….

siapa yang kejam?? apa yang dia buat?? siapa yang kena kejam??ceh, macam suspen aje tajuk entri yang aku letak nie. ini bukan kes kejam bunuh2 orang. ini kejam berperikemanusiaan yea.
persoalan :siapa yang kejam ??
jawapan : mr. ery dan pakcik

persoalan : apa yang dia buat??
jawapan : potong rambut daa…

persoalan : siapa yang kena kejam??
jawapan : budak kecik namanya aqeel syafiq…

kejadian nie berlaku pada pagi ahad 26/09/2010 tertera pun kat gambar tue masa dan tarikhnya. mula tue pergi nak cuci kereta tapi alang2 dah ada kedai gunting rambut dekat situ. apa lagi tak lepas peluanglah potong rambut aqeel yang dah panjang tu. aku takut juga kalau aqeel nie teriak masa potong rambut, tapi anak mamaema memang cool… rileks saja dia.

pakcik nie nak buat apa dengan mesin tu??
ready and steady

hati2 pakcik..potong rambut jea tau..jangan potong telinga saya…

siap pandang kamera lagi nie…ok tak mama?

 taraaa, beginilah gaya rambut baru saya..handsome tak?

Tagged : /

berminyak berlemak

Kulit berminyak berpunca dari tidak mandi. Selepas balik dari open house rumah adik ipar aku, terus zass ke carrefour seri petaling untuk beli keperluan2 peribadi dan barang dapur rumah. sebab sudah sehari suntuk pergi rumah orang, maka beginilah jadinya rupa paras aku… berjam2 tak mandi. hanya dari tengahari hingga ke malam hari.
dok depan booth mcD mr. ery belanja makan aiskrim strawberry.

Kulit berminyakKulit berminyak boleh diatasi jika korang pergi mandi.

 

Tagged :

menuju ke rumah x-bos

Rumah Terbuka bekas bos di tempat kerja. Tengah kusyuk bawak kete nak pergi opis tetiba bunyi mesej hp. tapi selagi tak sampai opis selagi itu aku tak buka mesej tu. bahaya baca mesej sambil drive tau. bila dah aku dah sampai opis dan park elok2 kete kesayangan aku tue, aku pun tengoklah siapakah gerangan yang menghantar mesej pagi2 lagi. anggapan aku ingatkan aku punya bos atau pun rakan sebilik kerja aku, rupanya2 bekas bos aku yang hantar mesej, menjemput ke majlis rumah terbuka dia. tak aku sangka, orang yang dah berpangkat besar ini, masih ingat anak buah dia yang tidak setaraf dengannya ini.

kalau aku seorang yang dijemput, konpem takkan aku pergi. seganlah oiiii… nasib dia ada jemput member sekerja yang lain. yang sempat kerjasama dengan x-boss aku nie dulu. so, kitaorang pun planlah nak pergi bersama, tak adalah tahap keseganan itukan. itupun hanya tiga keluarga saja yang lain2 ada hal masing2. keluarga aku, azrul dan kak nor saja yang pergi.

maaflah gambar kat rumah x-boss ni tak ada. dah sedap menjamu selera dan masing2 pun tak ada pikir2 nak ambil gambar. memang besar rumah x-bos aku nie. namanya dah pegawai berpangkat besarkan. terima kasih kerana sudi menjemput kami semua.

‘SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA X-BOS AKU”

hanya sempat ambil gambar anak-anak aku kat dalam kereta semasa menunggu azrul dan kak nor sampai saja. kakak sedang control ayu gitu

Terima kasih bos atas jemputan ke rumah terbuka.

Tagged : / / /

hye bang..boleh I dok kat sebelah U?

Kahwin lagi? Dah ada anak dua masih nak naik pelamin ke sayang oiii…. nasib baik kosong kat sebelah tue…kalau ada orang lain nahaslah. siapa yang nahas mamaema atau mr. ery????pelamin nie dari butik my mom. dipasangkan khas untuk adik ipar angah (adikku) di terengganu. kebetulan aku memang bercuti masa raya jadi tumpanglah my mom ke sana. bukan saja pelamin, set bilik tidur dan set meja makan disiapkan juga. malah rumah pengantin perempuan pun disiapkan juga. kami pasang di rumah pengantin lelaki. nak sambut menantu bukan main besar jugak belanjanya. maklumlah menantu sulung dan dua2 pun cikgu kat semenanjung. opps lupa, hantaran pun my mom buatkan sekali. walaupun jauh tetapi bila dipikirkan bersaudara relakan diri jua.
“SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA JOHAN DAN PASANGANNYA”

Tagged : /

koleksi FREE

Koleksi Cenderahati Percuma. Ini koleksi-koleksi sejenis seperti key chain (otak dah tak ingat nak panggil benda apa) yang aku dapat dari atas pemberian orang. pemberian masa aku bertugas sebagai urusetia kursus pada tahun-tahun yang lama berlalu. sekarang pemberian seperti ini sudah amat jarang sekali. aku simpan benda ini untuk buat perhiasan kat rumah. tapi sekarang hanya simpan kat dalam kotak. mana tahu satu hari benda nie boleh dijual atau ada nilai, akan aku jualkan kot. tapi bila di fikir2 terasa sayanglah pulak. Koleksi Cenderahati untuk disimpan buat kenang-kenangan.

Tagged : /