2 Pilihan International School di Conakry

International School di Conakry ni…ada 3 pilihan sebenarnya…

1- French

2- American

3- International Modern School

So, yang French International School awal-awal dah tolak. Tak kan nak suruh Aqeel belajar bahasa French..lainlah bahasa french ini ada seluruh negara. stay sini pun 3 tahun jer…tahu basic okeylah tu.

Sebelum aku datang sini, termenung juga pasal sekolah untuk Aqeel ni. American School ini jauh sikitlah dari tempat aku kerja. Dahlah jauh, traffic pun boleh tahan.. itu apa yang aku dengar sebelum sampai sini..

Dah sampai Conakry, dah pergi tengok sendiri…fuhhh, bertabahlah…memang sangkut jawabnya. tak ada traffic light yer. So, plan ambil transport yang disediakan…USD 215 sebulan.

International Modern School di Conakry

Tahu pasal International Modern School pun dari pegawai kat sini..cuma tak tahu silibus yang diajar follow school mana?

Beberapa hari juga baru dapat appointment dengan pengarah..tengah school break sekarang ini..bulan 8 baru buka.

Dah jumpa pengarah..barulah tahu ikut silibus british.. Malaysia kan ikut British. Lega..

No canteen.. no transport…tak risau sangat…sebab satu haluan dengan tempat kerja.. makan tu bawa bekal dari rumah…atau makan jer kat rumah…kelas start 8 pg hingga 1 tengahari.

Ada uniform.

Dan yuran murah berbanding American School…banyak sangat beza…ada 4 kali ganda.

Kalau Aqeel dapat sini…aku sangat-sangat lega.

Jawab Exam

So, semalam bawa Aqeel ke sekolah ini untuk ambik exam..nak tentukan grade berapa…

2 jam juga exam dia…banyak kena belajar Aqeel ni… dari grade 4…kena masuk grade 3… kena ambil extra class English dan Mate.

Masa dia jawab soalan darab tu..termenung aku.

Selesai exam, aku tanya Aqeel “memang cikgu sebelum ni mengajar pengiraan darab macam itu ke Aqeel?” Dia jawab “a’ah”. Ermmm, patutlah lambat nak faham..

Cara dia, buat kotak-kotak….kalau 3 x 4 …Aqeel akan buat tiga kotak dan dalam setiap kotak ada 4 titik. Nilai sikit okeylah..nilai banyak….naya. Itu pengarah pening tengok Aqeel jawab.

Ada juga soalan yang Aqeel belum belajar.

Sambutan sekolah ini pun boleh tahan…ramai juga student dari pelbagai negara…maybe sebab dekat dan yuran murah.

Inilah International Modern School in Conakry.. masuk tahun ke-4 operasi.

Walaupun tak sehebat International School di tempat lain…janji Aqeel dapat belajar.

About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

3 thoughts on “2 Pilihan International School di Conakry

    1. Fee, kerajaan tanggung..cuma macam aktiviti/sport kena bayar sendiri. Nasib ada sekolah lebih murah dari American International School..paling happy sekolah dekat sangat dengan opis dan rumah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge