Anak oh anak, tak sempat nak ambil gambar proper sikit, habis susu diminum. Penangan susu fernleaf perisa coklat. Sedap sangat lah tu. Nasib ada 4 kotak, dapat rasa seorang satu. Diam-diam, ada seorang budak kecik ni yang terlebih minum… lain tak bukan mek Ayra Sufia lah. Dia kalau nampak air warna coklat, memang itu yang dia nak.

Susu Fernleaf
unik pula straw fernleaf ni

Susu Fernleaf Terbaik

Kalau jenis lembu yang makanannya adalah rumput memang akan menghasilkan susu yang berkhasiat dan berkualiti tinggi. Pengalaman aku semasa mengambil satu bahagian korban, aku dapat lembu yang dijaga dengan baik dan diberi makan rumput. Belakang rumah tuan lembu tu, ada padang dan dibiarkan bebas tanpa dikurung dalam kandang. Hasilnya, dapat daging yang sihat dan tak ada pun cacing dalam perut lembu. Berbeza dengan lembu yang diberi makan dedak.

Susu Fernleaf

Apatah lagi di New Zealand yang sememangnya ada tanah yang subur dan mempunyai rumput yang subur. Hasilnya, susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia mengandungi banyak nutrien penting seperti protein yang berkualiti tinggi, Vitamin A dan juga Vitamin D.

New Zealand sebagai peneraju dunia dalam industri tenusu

 

3 Perisa Sedap

Ada 3 perisa susu fernleaf iaitu full cream, low fat dan chocolate bersaiz 1 liter dan 200ml. Kena buat stock ni, bagi mek Ayra Sufia. Dia kalau minum air coklat lain, susah nak buang air besar…sembelit. Bagi minum fernleaf coklat pengganti air coklat yang lain.

Susu Fernleaf

Korang tak jeles ke aku dapat cooler bag cantik ni. Ada warna kuning, putih dan hijau. Dengan pembelian susu fernleaf berharga RM28, korang pun akan dapat cooler bag juga tapi sementara stok masih ada. Kena cepatlah korang. Layari facebook FERNLEAF MALAYSIA.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

8 Replies to “100% ummmmm sedapnya susu fernleaf kotak ni.”

  1. Memang sedap susu fernleaf ni.. Kak Ti biasa beli yang bancuh tu untuk anak-anak kat rumah.. Yang kotak pun biasa jugak tapi jarang.. sebab kalau beli yang kotak tu laju je habis..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *