10 Restoran Makanan Sihat Yang Ada Di Sekitar Kuala Lumpur

makanan sihat pkp

Makanan sihat sering diabaikan oleh ramai orang kerana kebiasaannya orang lebih fokus pada makanan yang sedap. Tetapi sebenarnya masih ada banyak makanan sihat dan juga sedap untuk dijadikan sebagai santapan baik untuk sarapan pagi, makan tenghari mahupun makan malam.

Di sini akan dikongsikan senarai 10 tempat makan makanan sihat di sekitar KL. Tapi awas, restoran ini semua sila pastikan dulu status Halal dan Non-halal sebelum mula membuat pesanan supaya tidak tersalah membuat pilihan.

1. RGB Cafe @ Kampung Datuk Keramat

RGB Cafe sememangnya pakar dalam menghidangkan makanan organik dan juga bebas gluten, dan turut terkenal kerana menghidangkan kopi yang sangat menyelerakan, dan juga menggunakan biji kopi yang diimport khas dan kemudiannya dibakar sendiri didalam kedai.

Antara hidangan yang popular di cafe ini ialah big-breakfast di mana anda dapat mengubah suai hidangan ini mengikut citarasa anda dan juga Hearty Har Har Burger yang dihidangkan bersama avocado.

Alamat: RGB & The Beanhive, 35, Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

– Isnin – Rabu (8.30 pagi – 5.30 petang)

– Khamis – Sabtu (8.30 pagi – 11.45 malam)

– Ahad (9.00 pagi – 6.00 petang)

 

2. Feeka @ Bukit Bintang

Kafe Feeka ini sememangnya tempat yang terbaik jika anda mencari tempat yang nyaman untuk membuat kerja ataupun bersantai sambil menikmati makanan yang sihat dan juga sedap. Kafe ini sememangnya santai dan sangat sesuai untuk lepak bersama rakan-rakan anda.

Jika anda berkunjung ke sini, anda disarankan untuk mencuba beberapa hidangan mereka yang terkenal seperti Feeka Omelette yang dibuat dengan menggunakan keju cheddar, kubis bunga dan campuran beberapa jenis cendawan, dan juga Oats Porridge Galore yang penuh dengan granola buatan sendiri, gula melaka dan kepingan pisang.

Alamat: Feeka Coffee Roasters, 19, Jalan Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi – 11.00 malam)

 

3. The Good Co. @ Taman Bandaraya

Makanan yang dihidangkan di sini semuanya dibuat menggunakan bahan-bahan yang segar di mana ia tidak mengandungi bahan preservatif, bahan pewarna artificial dan refined sugar. Restoran ini juga turut membeli semua bahan segar mereka setiap hari dan masih dalam keadaan yang segar agar kualiti bahan-bahan mereka terjaga.

Antara hidangan yang cukup popular di restoran ini ialah Nyonya Soba Bowl di mana ia bukan sahaja lazat, tetapi penuh dengan nutrien dan vitamin yang sememangnya bagus untuk kesihatan anda, dan Vegan Chiken Rice yang dihidangkan bersama cendawan.

Alamat: The Good Co, 184, Jalan Maarof, Taman Bandaraya, 59100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 6.00 petang)

 

4. The Bright Side @ Ampang Park

Kafe yang terletak di luar stesen LRT Ampang Park ini sentiasa sedia menyediakan pelbagai jenis sandwich, salad dan jus yang lazat dan juga sihat. Tidak lupa juga bahawa semua sandwich yang dihidangkan oleh mereka dibuat secara segar iaitu apabila terdapat pelanggan yang membuat pesanan dan hanyalah menggunakan bahan-bahan yang segar.

Antara sandwich yang selalu dipesan oleh para pelanggan di restoran ini adalah mushroom & eggs, chicken & avocado, dan juga sandwich pulled beef & pickled green chili.

Alamat: The Brightside Sandwich Bar, Ground Floor, Stesen LRT Ampang Park

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (7.30 pagi – 5.00 petang)

 

5. Fahrenheit 600 @ Solaris Dutamas

Jika anda berpeluang untuk berkunjung ke Publika, jangan lupa singgah ke kafe Fahrenheit 600 yang terkenal dengan hidangan-hidangan brunch mereka yang sememangnya sihat, salad bowl mereka yang besar dan memuaskan, dan juga piza autentik mereka dibakar menggunakan ketuhar stone-oven.

Alamat: Fahrenheit 600, A4-G2-05, 1, Jalan Dutamas, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (10.00 pagi – 11.00 malam)

 

6. Goodness Greens Cafe

Goodness Greens Cafe merupakan salah satu restoran yang agak popular bagi mendapatkan hidangan yang sihat dan sememangnya lazat. Di sini, mereka menghidangkan makanan seperti hidangan yang berwarna-warni dan kaya dengan nutrisi, homemade pasta dan juga cold-pressed juices yang akan menyegarkan badan anda dalam sekelip mata.

Di sini, anda juga boleh ‘membina’ salad anda sendiri mengikut citarasa anda, memang sedap kerana boleh memilih antara bahan-bahan premium seperti ikan salmon, ubi keledek, avocado mash dan pelbagai lagi.

 

7. Pickle & Fig @ TTDI

Jika anda berada di sekitar kawasan TTDI, anda sememangnya harus mengunjungi kafe Pickle & Fig ini yang sangat terkenal dengan hidangan sandwich panini panasnya yang sedap, smoothies sihat yang melazatkan dan juga kopi yang sangat kaw.

Antara hidangan lain yang harus anda cuba di sini ialah Salami & Pesto Panini,

Pulled Beef Panini dan juga BBQ Philly Cheesesteak Panini mereka yang cukup sedap.

Alamat: Pickle & Fig, 26, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 11.00 petang)

 

8. HALE @ Jalan P. Ramlee

Anda tidak perlu lagi berhenti makan makanan segera jika anda sedang berdiet, kerana anda boleh kunjungi kafe Hale ini di man mereka memang pakar dalam membuat makanan segera alternatif yang sedap dan lebih penting sihat. Harga di kafe ini juga sangat berpatutan.

Tidak hairanlah jika anda ingin menikmati pasta, burger atau sebagainya, semuanya ada di sini. Memang berbaloi menikmati makanan-makanan yang terdapat di sini. Maka tidak hairanlah jika ramai yang menyukai kafe ini.

Alamat: HALE, Lot 1-20, First Floor, Menara Hap Seng, Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (7.30 pagi – 8.00 malam)

 

9. Ashley’s By Living Food @ Bangsar

Kepada anda yang mementingkan gaya hidup yang sihat sememangnya disarankan untuk datang ke kafe ini kerana kafe ini merupakan antara restoran yang menghidangkan makanan sihat dan sedap yang terbaik di KL.

Kesemua hidangan yang terdapat di kafe ini adalah homemade dan tidak mengandungi pewarna artificial, perasa artificial, MSG dan lain-lain lagi. Kesemua bahan yang digunakan adalah bahan semulajadi yang organik dan segar.

Alamat: Ashley’s by Living Food, 11, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.

 

10. Pan & Temper @ Solaris Dutamas

Kafe ini sangat terkenal dengan hidangan Garden in a Jar mereka yang merupakan salad yang mengandungi bijirin quinoa,buah delima, buah mangga, kacang kuda, tomato ceri dan banyak lagi.

Selain itu, mereka juga menghidangkan pelbagai brunch dan juga all-day breakfast seperti french toast, aneka jenis sandwich, pasta, kek dan juga kopi yang sangat sedap.

Alamat:Pan & Tamper, D1-G3-9, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi – 6.00 petang)

Sebagai seorang warganegara Malaysia yang hidup dalam majoriti berbilang kaum, di sini senarainya adalah secara menyeluruh. Jadi untuk rakan yang beragama Islam (termasuk diri sendiri), pastikan sebelum membuat pesanan restoran atau tempat makan itu benar-benar menyajikan menu yang Halal.

Ingin Nikmati Makanan Sihat?

Jangan risau juga sekiranya benar-benar ingin nikmati makanan sihat dan pening kepala untuk pilih atas dasar Halal dan Non-halal ini, anda masih boleh membuat pesanan untuk makanan sihat sebegini secara atas talian menggunakan servis online food delivery dari Foodpanda.

Dengan adanya perkhidmatan pesanan atas talian siap dengan penghantaran begini, tanpa perlu keluar dari rumah, anda masih boleh dapatkan pelbagai jenis makanan baik yang sihat mahupun makanan sedap lain yang biasa menggunakan servis delivery by Foodpanda ini! Jom makan makan.

 

About emarieys

Ema has written 1301 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Tagged : / / /

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *