10 Makanan Best Yang Patut Dicuba Dalam Malaysia

Malaysia memang kaya dengan pelbagai variasi makanan yang best dari hidangan Melayu, Cina dan India. Tanyalah dengan mereka, sebut sahaja nama makanan yang ada, memang semua akan tahu inilah makanan best yang ada di Malaysia. Antara makanan best yag boleh korang cari:

#1-Nasi Lemak

nasi lemak makanan best di Malaysia

Nasi Lemak merupakan hidangan makanan Melayu yang sememangnya sudah sebati dalam diri masyarakat Malaysia. Nasi lemak juga dikenali sebagai juadah kebangsaan Malaysia di seluruh Malaysia. Juadah ini juga sangat terkenal di negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei, dan juga Selatan Thailand.

Bahan yang diperlukan untuk membuat hidangan ini tidak begitu banyak dan sangat mudah untuk didapati, bahan-bahannya ialah beras, santan kelapa, halia, dan juga daun pandan.

Seperti yang kita semua tahu, nasi lemak biasanya mengandungi ikan bilis, timun, dan telur rebus. Akan tetapi, terdapat juga peniaga yang menghidangkannya dengan pelbagai jenis lauk pauk yang lain seperti sambal kerang, sambal sotong, ayam goreng, telur goreng, rendang dan lain-lain lagi.

#2 – Milo Kepal

milo kepal makanan best di Malaysia

Memang tidak boleh dinafikan lagi bahawa makanan atau minuman manis sememangnya menjadi kegemaran orang kita. Disebabkan itu, kebanyakan makanan atau minuman yang viral manis-manis belaka. Dan salah satunya ialah milo kepal.

Milo kepal pada asalnya merupakan ais kepal yang biasa tetapi diubah suai bahannya bagi supaya ianya sesuai dengan cita rasa masyarakat sekarang dan ianya lebih sedap jika ianya pekat . Pergi saja kemana-mana kawasan perniagaan atau pasar malam, hidangan ini semestinya terdapat di sana.

#3 – Teh Tarik Madu

makanan best di Malaysia minum teh tarik madu


Teh tarik merupakan salah satu minuman yang sememangnya terkenal di restoran mamak dan ianya diperkenalkan oleh masyarakat India di Malaysia. Kini ia juga boleh didapati di mana-mana restoran dan kedai yang biasa. Minuman ini sememangnya digemari oleh hampir seluruh masyarakat Malaysia termasuk lah kanak-kanak.

Bahan yang diperlukan untuk membuat hidangan ini sangatlah ringkas. Dan bahannya ialah serbuk teh yang telah dimasak terlebih dahulu sebelum dibancuh bersama susu pekat dan susu sejat. Buih yang terhasil dari teh yang ditarik menggunakan koleh merupakan salah satu keistimewaannya yang membuatkan ramai orang yang terpikat.

#4 – Oden

makanan best di Malaysia oden sedap

Oden merupakan makanan yang berasal dari Jepun dimana ianya selalu menggabungkan bahan-bahan seperti kek ikan bersama kuah yang rasanya agak pedas di dalam mangkuk yang kecil. Oden mula terkenal di Malaysia apabila sebuah kedai serbaneka dari Jepun iaitu Family Mart mula beroperasi di Malaysia.

Sejak hidangan ini diperkenalkan di Malaysia, ia mendapat sambutan yang cukup hangat daripada masyarakat kita. Tetap tidak menghairankanlah kerana hidangan ini sememangnya lazat.

#5 – Lok-Lok

steamboat loklok makanan best di Malaysia

Lok-lok merupakan hidangan steamboat versi Cina. Hidangan ini merupakan makanan yang dicucuk dengan lidi yang kemudiannya direndam ke dalam air yang sedang mendidih atau sup yang panas sehingga masak. Lok-lok biasanya dimakan dengan kuah kacang, sos cili atau sos manis untuk menambah rasa.

Makanan ini biasanya boleh didapati di gerai-gerai penjaja, medan selera dan lain-lain tempat lagi yang ramai orang di bandar dan pekan Malaysia. Lok-lok yang terdapat di Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis ramuan seperti kepah, telur puyuh, sosej, kerang, bebola ikan, bebola daging, bebola sotong, udang, sayuran dan banyak lagi dan aneka juadah yang siap dimasak seperti tauhu goreng dan wantan.

#6 – Chee Cheong Fun

chee cheong fun

Chee Cheong Fun atau dikenali juga sebagai mee gulung yang berwarna putih dan rupanya seakan Kuew Teow ini merupakan makanan masyarakat Kantonis dan berasal dari China Selatan dan juga Hong Kong.

Di Malaysia, hidangan ini biasanya dihidangkan bersama sos soya manis yang berwarna hitam, akan tetapi di Pulau Pinang sosnya menggunakan pes udang yang berwarna hitam, berasa manis dan pekat seperti karamel.

Jika anda berada di Ipoh, Chee Cheong Fun yang terdapat di sana biasanya dihidangkan dengan dua cara iaitu kering atau berkuah@bersos. Versi kering biasanya dihidangkan dengan bijan, sos soya, bawang goreng, minyak bawang, sos cili dan jeruk cili. Manakala versi bersos pula dihidangkan bersama kuah kari dan juga cendawan.

#7 – Kek Telur Masin

kek telur masin viral

Telur masin merupakan hidangan yang kerap dihidangkan sebagai lauk untuk makanan berat seperti nasi kerabu. Namun kek dengan telur masin? Ia sememangnya kedengaran aneh buat sesetengah orang, namun hidangan ini sememangnya popular sekarang ini dan merupakan salah satu makanan yang viral di Malaysia.

Terdapat sebuah syarikat yang terkenal dengan hidangan tersebut iaitu syarikat Absolut Chocolat. Kek arang yang mereka ini akan dibanjiri dengan sos telur masin dan topping untuk kek ini ialah serbuk telur masin. Dan juga ramai pelanggan yang berkunjung ke sana untuk merasa kek yang rasanya manis dan sedikit masin tersebut.

#8 – Kerabu Bronok

makanan best di Malaysia kerabu bronok

Bronok ialah hidupan laut yang seakan-akan gamat ini merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di Pulau Langkawi, Kedah. Ia boleh dimakan mentah tetapi biasanya dijadikan sebagai kerabu. Bronok ini sangat sensitif kepada haba dan akan cair apabila terdedah kepada suhu yang tinggi.

Bronok ini mempunyai tekstur yang kenyal seperti isi kelapa dan rsanya pula agak masin. Jadi ia sememangnya sangat sesuai dijadikan kerabu dan dimakan bersama nasi putih dan sambal belacan.

#9 – Rendang Landak

makanan best di Malaysia

Kepada sesiapa yang menggemari makanan eksotik, rendang landak semestinya menjadi salah satu makanan eksotik yang harus anda cuba. Kepada sesetengah orang, ia semestinya kedengaran aneh, namun tahukah anda bahawa harga daging landak ini sangat mahal?

Ia menunjukkan bahawa nilai komersial untuk daging landak ini sangatlah tinggi. Asa daging ini juga dikatakan sangat sedap dan dagingnya juga lembut. Jadi ianya sememangnya sesuai dihidangkan sebagai rendang.

#10 – Nasi Ayam

nasi ayam hainan

Nasi ayam boleh dikategorikan sebagai salah satu makanan yang sememangnya paling digemari oleh masyarakat kita tanpa mengira bangsa, malah terdapat juga pelancong dari luar negara yang juga meminati hidangan ini. Hidangan ini biasanya dinikmati pada waktu tengahari berikutan masa yang diperlukan untuk menyediakannya yang singkat.

Bukan itu sahaja, nasinya yang lembut, daging ayamnya yang berjus juga menjadi punca utama hidangan ini begitu digemari oleh orang ramai. Sambalnya yang pedas dan manis juga menjadi pelengkap selera untuk hidangan ini.

Teringin Nak Makan Menu Sedap Dalam Malaysia?

Walau kena duduk rumah tapi tetap boleh makan sedap tanpa perlu susah payah masak. Kiranya kalau malas nak masak sekalipun, eh masih boleh makan menu yang sedap-sedap. Pilih je nak makan menu yang mana. Antara pihak yang ada sediakan servis food delivery begini adalah Foodpanda.

food panda service

Bohonglah kalau tak pernah dengar tentang Foodpanda ni. Sana sini kenal siapa Foodpanda. Dari kanak-kanak hingga dewasa tahu untuk sebut tentang Foodpanda. Dengan warna pink sebagai tema mereka gah di sana sini untuk menghantar pesanan makanan terhadap para pelanggan.

Jadi jika teringin nak makan menu apa-apa, tak perlu keluar dari rumah pun tak apa. Lagi-lagi dalam musim covid19 yang penuh mencabar ni. Tak perlulah risikokan diri sendiri kerana masih ada pihak seperti Foodpanda yang sudi berkorban dalam membantu urusan kita.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

0 Replies to “10 Makanan Best Yang Patut Dicuba Dalam Malaysia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *