Logo KBBA

Zumba Dance Fitness by D Adza Fitness.

Ahad lepas dapat juga join zumba anjuran D Adza Fitness dan Blogger Mak Dara di Dewan Cempaka, Ampang. First memang tak tahu pun kat mana dewan cempaka ni.  Dengan bantuan GPS, sampai dewan..laaa dewan tempat adik ipar kahwin rupanya.

Lama juga termenung dalam kereta nak turun ke tidak. Maklumlah segan. Kakak Azwa yang beria sampai tukar seluar pun dalam kereta. Nasib baik bawa kakak Azwa buat peneman.  Alang-alang sampai tak kan nak patah balikkan. Lagipun dengan Mak Dara dah pernah jumpa. Pergi ke meja daftar nampak Mak Dara dah tunggu. Salam-salam dan laga-laga pipi. Daftarkan untuk kakak Azwa dalam Zumba Kids dengan bayaran RM 10.00. Orang lain kena bayaran tiket, tapi aku dan blogger lain special dapat masuk percuma. Terima kasih Mak Dara atas jemputan.

Tak payah cakap banyak, layankan gambar kami berzumba sampai meleleh peluh masam dan kurang sikit inci badan ni.

 

Zumba Kids

Zin Ella tengah mengajar step by step dalam zumba kids. Tengok kakak Azwa, alahai kakak Azwa kaku semacam, ikut step pun keras gayanya.

 

Zumba Kid

 

Zumba Kidz

 

Kalau tak join event, macam mana nak berkenalan. First time jumpa blogger-blogger ini. Blogger CikLily, Blogger Zulie Ieta dan Blogger Deq Nor. Nice to meet u all.

Blogger Zumba

Tak tahulah umur berapa Zin J Lo ni. Punyalah laju zumba gold yang dia ajar sampai tak terikut step. Kalah orang muda ko.

 

Zumba by DAdza

 

VIP Zumba Blogger

 

Zumba Fitness dari adik beradik D Adza diketuai Zin Adza Rina. Fuh, yang ni nak ikut step memang basah kuyup baju dengan peluh.

 

Zumba Party By D'Adza

 

Zumba

 

Dah kurus ke? Tang mana? Perut ke? Muka ke? Paha ke? Pinggang ke?

 

D'Adza Zumba Party

 

Apapun kami semua enjoy. Memang tarian zumba ini dapat hilangkan tekanan dan bolehlah nak mula kuruskan badan. Tapi selalu kena buatlah. Kena rajin.

 

Zumba Event

 

Tahniah diucapkan kepada D Adza Fitness atas kejayaan menganjurkan Zumba Party dan terima kasih kepada Mak Dara atas jemputan ini. Lain kali jemputlah lagi tau.

 

About emarieys

Ema has written 1030 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

16 thoughts on “Zumba Dance Fitness”

  1. Memang dah nampak kurus dah, Ema! Ni kalau dipraktis selalu mahu kalah Che Ta 🙂

    Janji seronok bertemu rakan-rakan dan dapat sesekali berpeluhkan. Ni asyik dok dalam air cond aje kerjanya pastu komplen gaya hidup tak sihat *saya ler tu …*
    Mummydearie recently posted…The Liebster AwardMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge