Assalamualaikum. Macam nak kerat dua jer badan. Kejap yang tu panggil, kejap yang ni panggil. Seluar pun dah longgar, tak makan tengahari lagi..eh, kurus ke?

Badan memang tak cukup rehat. Dari balik Family Day di Cherating, sambung program di Hotel Quality, balik kampung sambut raya aidiladha dan lusa lagi sekali akan balik kampung. Baju-baju dalam beg berslilih ganti, sampaikan ada yang tak sempat nak cuci. Pandang sepi baju-baju kotor yang mengalahkan ketinggian gunung kinabalu.

Zing + Detergent Film

Tetap kena cuci juga baju lebih lagi baju sekolah anak-anak yang dipakai hari-hari. Tangan dahlah menggerutu gara-gara sabun pencuci. Tapi terpaksa bertahan semata-mata nak hilangkan kotor pada baju sekolah anak-anak. Hari-hari mahu menjerit tengok baju sekolah anak dah rupa macam belacan. Pakai sabun biasa, pakai mesin basuh mana nak hilang. Kena cuci dengan tangan barulah bersih. Nasib baik ada Zing Detergent Film ni, mudah kerja. Rendam kejap, gosok pakai tangan hilang segala rupa belacan.

Biasanya mana-mana pencuci pakaian dalam bentuk serbuk, buku atau cecair. Ini kali pertama pencuci pakaian dalam bentuk kepingan yang MamaEma jumpa. Ciri fizikal Zing Detergent Film seperti foam tu. Bau pun sedap..wangi sangat.

Cara-Cara Penggunaan

Mudah. Sama juga dengan basuhan serbuk pencuci yang lain. Yang lain sukat pakai sudu, tapi dengan Zing Detergent Film letak ikut sukatan keping. Lepas tu biarkan mesin basuh jalankan kerja sampai habis.

 

 

Kenapa Pilih Zing Detergent Film

 

Ringan sikit tugas MamaEma di rumah bila ada Zing Detergent Film ni. Balik kejap lagi, akan ku sambung mencuci baju yang masih menggunung tu. Sakit mata tengok. Jadi, yang mana nak cuba pencuci ini boleh terus hubungi  Cik Ros Farina di  +012 235 0657. Okey, selamat mencuba.

 

 

About emarieys

Ema has written 1048 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

11 thoughts on “Pencuci Pakaian Jenis Kepingan Film Bersih Dan Selamat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge