Western Food Flavours Kitchen Restaurant

Sedap tengok makanan di Flavours Kitchen Restaurant ni. Tengok makanan pun dah rasa lapar, belum lagi masuk mulut. Ia punya food presentation pun sayang nak usik. Hahaha, tak usik kebulurlah jawabnya.

 

Western Food

Alahai terliurnya, nasib tak bawa budak dalam perut. Sedapnya dapat makan western food dari flavours kitchen ni. restoran kawasan mana ni? Bab makan western food memang cerewet sikit. Susah nak jumpa yang berkenan di mulut dan perut. Mamaema tak makan lamb, yang hantu sangat lamb Mr. Ery sorang. Chicken chop..steak ke..baru mamaema makan.

 

Pelbagai Menu di Flavours Kitchen

Banyak juga menu yang ada di Flavours Kitchen ni, bukan western food saja..goreng-goreng pun ada, pencuci mulut pun ada.. tak menahan bab presentation nya..kenapa cantik sangat ni?

 

Ini tak boleh jadi, nak kena pergi juga sekali. kena selera tekak kita pergi berkali-kali.. lokasinya pun tak jauh, kawasan Kuala Lumpur sahaja. urrmmm, sedang berkira-kira nak pergi. Sebelum pergi perlu buat reservation dulu. Kalau tak menangis depan pintu. Bilalah nak pergi.. bila eh..bila eh….check akaun kejap.. hehehe.. okey kita save the date.. save the entry..senang-senang kita pergi erkh.. ini alamat restorannya. jom pergi.

 

Flavours Kitchen

I-03, Dataran Jelatek

Jalan Jelatek

Kuala Lumpur

Reservation: 03-4252 4484

Open : 12:00 – 23:00 (Isnin tutup)

Fb : Flavours Kitchen

 

About emarieys

Ema has written 1054 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

5 thoughts on “Sedap Tengok Makanan Western Food Di Flavours Kitchen”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge