Logo KBBA

Assalamualaikum. Penatnya hari ini, bukan sebab monday blues tapi atas sebab perlu siapkan kerja untuk program esok dan lusa. Ke mana kita esok? Esok kita pergi tempat sejuk. Mereka-mereka semua dah bergerak, MamaEma saja still di pejabat untuk menyiapkan kerja.

Bila otak dan badan bekerja kuat, maka sistem imunisasi dalam badan pun tidak teratur. Di luar nampak sihat, tapi di dalam badan siapalah yang tahu. Malah tuan empunya badan pun tidak terasa selagi badan boleh buat kerja. Betul tak? Macam minggu yang lepas, program untuk dua hari yang sangat pack. Kerja hari ini sehingga esok tanpa henti, bila pergi check tekanan darah, dapat yang result tak cantik. Sekali tumbang, terus masuk wad. Tapi Alhamdulillah, tidak pernah lagi alami.

Baru-baru ini MamaEma pergi event yang dianjurkan oleh Vitacare Pharmacy di Midvalley. Di sana MamaEma diberi penerangan tentang kesihatan badan terutama yang melibatkan perjalanan darah dalam badan kita. Secara luaran nampak sihat, tapi bila buat pemeriksaan darah sebenarnya  dalam badan tidak sihat.

Lihatlah sendiri result darah MamaEma. Banyak negatifnya. Segala jenis toksin ada dalam badan.. Siapa sangka. Tekanan darah baik, tapi bila result analisis darah tidak cantik. Orang yang nampak sihat, sebenarnya ada sakit. Naik risau pula, bila keluar result macam ni.

Lantas, MamaEma diberi sejenis minuman Rin Enzyme dan diberi rehat selama 30 minit. Selepas 30 minit, sekali lagi darah MamaEma diambil dan dianalisis. Alhamdulillah pergerakan sel darah MamaEma stabil.

Cepatkan result yang diperolehi. Rasa Rin Enzyme ni pun sedap. Kiranya MamaEma pun boleh minumlah. Maklumlah, I jenis tak suka makan ubat cecair ni. Kat rumah dah berebut pula dengan Mr.Ery. Rasanya macam minum air asam jawa.

Korang pun boleh pergi ke Vitacare Pharmacy untuk analisis darah yer. Harga yang dikenakan seperti berikut:

  1. VCard Member during VCare Day : FREE
  2. VCard Member normal days : RM10
  3. Non VCard Members : RM30

Produk Di Vitacare Pharmacy

Selain produk kesihatan terdapat juga produk kecantikan yang boleh didapati di Vitacare Pharmacy. Antaranya produk kecantikan jenama Trilogy di mana inilah rahsia kecantikan Kate Middleton. MamaEma pun dah cuba dan sesuai dengan kulit muka MamaEma yang kering bila sentiasa berada di dalam bilik beraircond.

 

Untuk daparkan lebih lanjut aktiviti dari Vitacare Pharmacy korang boleh layari facebook https://www.facebook.com/VitacareMY/ . Nanti akan ada day care di mana-mana Vitacare tau. So, jangan lepas peluang ini. Hidup mesti sihat tau.

 

About emarieys

Ema has written 1033 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

11 thoughts on “Vitacare Care Day Live Blood Analysis”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge