Dari Krabi Ke Hatyai

Baru nak sambung trip percutian ke Krabi. Punya lama peram sampaikan tak ingat. Alang-alang dah upload gambar, mamaema kongsikan yang mana masih ingat-ingat. Korangkan tahu, mamaema pergi bercuti dengan family ke Krabi dengan naik van sewa tapi dipandu oleh adik ipar sendiri. Jadi sangat mudah untuk kitaorang singgah satu tempat ke tempat lain.

Tapi untuk Trip ke Hatyai, kami terpaksa tinggalkan van sewa di Airport Krabi atas sebab syarikat van sewa tak ada di Hatyai. Van yang kami sewa dari Phuket, so hantar ke Krabi. Bila van sewa dipulangkan, kami terpaksa naik kenderaan berbayar untuk ke Hatyai. Naiklah van tambang. Untuk makluman korang, di Thailand bukan sebarangan kenderaan boleh masuk ke bandar-bandar tau. Agak adventure juga perjalanan dari Krabi ke Hatyai ni.

 

Trip to Krabi 02

Hotel yang mamaema stay untuk dua malam di Krabi nama ICheck Inn. Yang ni jer yang dapat kosong masa google. Sampai sana, alahai bersepah hotel. walk-in pun pasti dapatnya. Nasib baik, kira okey bilik di ICheck Inn ni. Cuma bilik adik tiba-tiba blackout belum sempat nak mandi. Tukar bilik. Nak ke bilik kena bertapak naik tangga, tak ada lift.

 

Trip to Krabi 05

Lepas checkout, sekali lagi singgah kat replika ikan todak. Yea ke ikan todak, mamaema ikut sedap jer tulis ni. Sempatlah posing gaya gitu gaya begini sebelum hujan mencurah di bumi Krabi.

 

Trip to Krabi 04

Trip to Krabi 03

Dalam van tambang menuju ke Hatyai. Kesian, pemandu van tambang kena saman dengan polis. Salah diri sendiri sebab tak pakai uniform. Satu boleh puji polis Thailand ni, saman kena selesaikan time tu juga, tak ada tanguh-tangguh.

 

Trip to Krabi 10

 

Van tambang hanya boleh hantar setakat stesen kereta sahaja. Tak boleh masuk ke Bandar Hatyai. Nak ke bandar, kena naik tuk tuk.

 

Trip to Krabi 09

 

Punya kecil tuk tuk yang mamaema dapat terpaksa ambil dua buah. Nasiblah tambangnya murah. Satu tuk tuk cukup letak beg pakaian kami semua je.

Trip to Krabi 12

Trip to Krabi 11

Menginap di Hotel Centara, Hatyai

Di sana mamaema bermalam di Hotel Centara Hatyai. Ni adik ipar belanja penginapan. semua sekali 4 bilik. Hotel tengah-tengah bandar Hatyai dan berdepan dengan tapak pasar malam. Meriah sangat. Dari bilik mamaema, boleh nampak kemeriahannya. Suara saja yang tak dengar.

 

Hotel hatyai (3)

 

Hotel hatyai (2)

 

Hotel hatyai (1)

Kat Hatyai mesti kena singgah tempat urut tau. Urut kaki laa. Syoknya, mereka urut kaki. Hilang habis lenguh-lenguh berjalan.

 

About emarieys

Ema has written 1061 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

14 thoughts on “Selepas Ke Krabi Bermalam Di Hatyai Sebelum Balik Malaysia”

  1. Nasib baik si kecil tak buat hal ya, Ema. Senang alahai kalau macam ni nak bawa jalan jauh. Tak pernah lagi masuk Thailand sewa van atau pandu sendiri. Last dulu masuk naik bas persiaran dichartered oleh arwah pakcik. Lama dah punya cerita!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge