Logo KBBA

Tempat murah dan borong kat sini. Memang suka sangat-sangat. itupun kalau yang jenis kaki shopping kalau tak window shopping pun dah kira okey.Tempat untuk orang perempuan shopping. tempat untuk orang laki pink lady. oh no..no..no… tak sesuai itu tempat.itu tempat memang open segala. bahaya bagi kaum lelaki. sama juga ladies.

Kat sini tempat untuk habiskan duit beribu-ribu baht tu, pergi ke tempat yang disebut ‘pasar’ atau ‘bazar’ . cakap dengan tut tut mereka fahamlah. sana tempat beli belah segala kasut, baju, beg dsb.

tempat murah

Kalau jenis yang tak kira jenama tak kisahlah beli kat sini. kalau nak cari jenama channel, YSL, dan apa-apa barang branded sorilah. kena cari kedai yang high class lah. sini cap ‘pasar malam’ orang kata. tapi design semua cantik-cantik.

Malam kat sini, setiap malam mesti ada pasar malam. start jam 10.00 malam. tapi memandangkan hujan setiap hari pasar malam tak buka pun.

Ada satu tempat, ‘hidup’ waktu malam. dah lupa namanya..panggil ‘greenworld’ kot. tak pasti. sini ada bumbung senanglah nak jalan-jalan. itupun dah banyak kedai nak tutup.

mak dan anak

Si kakak nak baby doll. dah besar nak baby doll tapi sebab kakak tunjukkan prestasi ujian dan kekal kelas, mr.ery belikan juga baby doll sebagai hadiah. macam ayam dengan itiklah kami tawar menawar harga..

beli anak patung

Kat sini banyak baju-baju berjenama tapi tiruan. semua cantik-cantik. dan sini juga laluan ke tempat yang ‘auuwwwww’ malu.. cepat-cepat bawa anak keluar dari sini. tak sesuai. gambar-gambar open saja.

Percutian Hatyai79

Berapa hari nak habis entri jalan-jalan Hat Yai ni. esok entri tempat makan halal dan kenderaan yang kami sewa dan naik untuk pergi satu-satu tempat.

 

About emarieys

Ema has written 1033 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge