Senarai Tempat-Tempat Makan Sedap Di Bangi Selangor

Assalamualaikum.

 

Senarai Tempat-Tempat Makan Sedap Di Bangi Selangor.

Senarai tempat-tempat makan sedap di Bangi Selangor. Kenapa Bangi? Bangi adalah tempat yang paling senang untuk cari tempat makan. Ada pelbagai kategori tempat makan di Bangi seperti ikan bakar, western, masakan kampung, ala-carte, steamboat dan macam-macam lagi. Hari ini, mamaema nak kongsikan beberapa tempat makan sedap di Bangi, Selangor.

 

Red Wok Restaurant

Lokasi : PT70550, Jalan Kajang Impian 1/2, Taman Kajang Impian, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu Operasi: 12pm – 12am

Reservation: +60 3-8927 4100

Menu: Ala-Carte & Steamboat

Ikan siakap steam limau sedap. Kailan ikan masin sedap. Menu di Red Wok ni ada 3 bahagian. Small, medium dan large. Untuk satu keluarga (dalam 5 orang), pilih sahaja portion small dah mencukupi malah terlebih lagi.

 

Restoran Tasik Idaman: Ikan Bakar

Lokasi : 44A, Batu 26, Jalan Idaman 84/89, Jalan Jenderam, 43800, Dengkil, Selangor.

Waktu Operasi: 2pm – 12am

Reservation: 012-677 5632

Menu Lain : Ala-Carte & Western

Nak merasai makan di tempat yang terapung bolehlah cuba di Restoran Tasik Idaman. Setiap bulan memang akan pergi ke sini untuk makan Ikan Bakar. Ikan bakar di sana fresh dan dibakar dengan api arang. Perencah yang disalut pada ikan bakar menambah lagi selera makan. Nak diet, ratah jea ikan bakar tu. Lokasi restoran ini ke dalam sikit. Laluan ada sikit hutan. Hutan belukar jer pun.

 

Orked Lavender Kafe

Lokasi : No7G, Jalan Medan Pusat 2D, Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu Operasi: 12pm – 12am (Monday Closed)

Reservation: +603-8912 2200

FB Page : Orked Lavender Kafe

Menu Lain : Nasi Dagang Terengganu, Laksa Johor, Keropok Lekor, Lok Ching, Pavlova dll.

 

Tak pernah lagi singgah tempat makan di Orked Lavender Kafe ni. Tengok pada menu sangat menyelerakan. InshaALLAH nak cuba satu hari nanti. Celebrate birthday pun sesuai kat sini kan. Korang dah pergi ke?

Mamaema ini suka cari tempat makan area Bangi dan Putrajaya. Tempat makan yang ada ikan bakar memang jadi kegemaran mamaema sekeluarga. Korang, mana lagi tempat makan yang sedap di Bangi atau Putrajaya? Area Kajang pun boleh. Boleh share tak?

About emarieys

Ema has written 981 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

8 Comment

  1. wah…boleh promote kat hubby ni…dia belajar ukm bangi tiap hujung minggu…boleh suh dia try tempat2 ni…tq info my dear!
    wahida recently posted…jom jalan2 TaipingMy Profile

  2. Best…. Best… Best…
    Memang best..
    Tapi satu pun saya belum pernah pergi…
    Hehehe
    Anuar recently posted…Mudahnya buat cover ebook… Boleh siap dalam masa 10 minit sahaja!My Profile

  3. semua best2 nih, kena try nih

  4. memang tau kewujudan tempat makan best kat bangi cuma belum berpeluang nak pergi je
    Suria Amanda recently posted…Faiz Subri Wira Negara Harumkan Malaysia!My Profile

  5. Fuhh bestnya tatap gambar makanan hoho
    Calrase Patrick recently posted…Kerja Dari Rumah Dengan iLanceeMy Profile

  6. Restoran ikan bakar tu… heh..
    jambu batu recently posted…Pajak Emas di Ar Rahnu Pos KajangMy Profile

  7. Cuba try fb.me/bangisalai
    Murah & sedap
    Mereka juga menyediakan catering
    No contact 0196576767

  8. Cuba try http:www.fb.me/bangisalai
    Murah & sedap
    Mereka juga menyediakan catering
    No contact 0196576767

Leave a Reply

CommentLuv badge