Tempat Makan Sedap Di Bangi, Selangor

guano ni, tak lepas-lepas lagi dari list waiting room airasia
dah berjam-jam menunggu..

dari duduk menunggu list waiting room airasia
baik buat entry pasal makan dulu
baru rasa senang hati

pertama kali makan kat Restoran Ikan Bakar Ana Petai
itupun lepas dengar member opis bercerita pasal kesedapan kat sana
sedap ke? meh sini nak bagitahu

restoran ini senang nak cari
kalau dari tol bangi, ambil jam 9 terus toleh sebelah kanan
nampak orang ramai..kereta banyak..hah, kat situlah.
tepi restoran ada balai bomba (tersilap masuk simpang ke balai bomba)

mula-mula sampai mesti kena cari tempat dulu
masa pergi hari tu, baru lepas hujan
maknanya, meja-meja dan kerusi-kerusi kat tempat tak ada bumbung basah.

so, dapatlah juga tempat yang berbumbung…lagipun hanya kitaorang berempat saja

sambil tunggu mr.ery pilih lauk si azwa pula nak bergambar

penat menunggu yer aqeel

tak sabar lagi nak ngappp

siakap tiga rasa

ayam goreng kunyit, telur dadar, kangkung goreng belacan

tomyam seafood

ada lagi…sotong dan ketam bakar

mewah pula makan malam tu hanya untuk kami berempat. tapi semua balon sampai licin. nasi makan pun bertambah-tambah. azwa pun makan sampai bertambah. sebabnya nasi bukan datang dalam pinggan tapi dalam mangkuk (kami minta untuk tiga orang makan tapi nasi macam untuk 4 orang makan)

sebelum menjamu selera
jangan lupa baca doa dulu

walaupun kena tunggu agak lama untuk lauk pauk sampai, tapi kami tetap puas hati. masakannya memang sedap. kami berniat nak datang lagi dengan family lain. kebetulan adik ipar nak belanja. so, kami akan rekomenkan kat dia, belanja kat sini…ahaksss..

harga?

boleh dikira berpatutan..ibarat makan besar duit pun besarlah

notajari : akhirnya, berjaya booked tiket untuk my mom sekeluarga. nak bodek mr.ery mahu ikut sama tak?

About emarieys

Ema has written 1054 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

2 thoughts on “Tempat Makan Sedap Di Bangi, Selangor”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge