Restoran Red Wok, Bangi | Sedap!!!

As Salam Semua!!!

Tempat berbuka puasa di luar untuk kali pertama tahun ini. ekceli, dah lama pun berbuka ini. sejak minggu pertama puasa lagi. tapi asyik fikir nak buat atau tak nak buat entry makan ini. yealah, sekarang kan perut tengah kosong. kan tak pasal-pasal kurus poser korang tu. tapi, kalau tak buat sekarang, bila lagi nak buatkan. dah namanya tempat untuk berbuka puasa. tak gitu.

Last-last minit booked di Restoran Red Wok, Bangi. Kat sini ada dua jenis hidangan yer. satu makan buffet dan satu lagi makan ala-carte. harga buffet tak pula ema tahu sebab masa itu, memang nak makan jenis yang ala-carte jer. buffet ada steamboat.

Elok sampai ke restoran dah terhidang beberapa lauk yang diorder. cuma nasi saja belum sampai. air pun order masa sampai kat sana. agak kelam ribut juga para pekerja menghantar dan mengambil order. sampaikan mr.ery terpaksa pergi ambil gelas sendiri..huhuhuhu…memandangkan waktu berbuka dah tiba tapi nasi belum ada atas meja..minum air dan terus pergi solat. tempat solat yang agak-agak selesa dan bersih 10/10.

Layanlah, makanan yang diorder hanya melalui telefon..

menu red wok

Mr. ery dengan momnya a.k.a mak mertua ku….terima kasih mr.ery kerana berbelanja.

menu red wok

Inilah tukang mengorder yer.

menu red wokUdang butter yang paling last datang ke meja.

menu red wokIkan masak stim limau…sedap giler.

menu red wokmenu red woktak lupa mesti akan ada tomyam seafood.

menu red wok

Puasa sehingga hari ini, dah banyak tempat dah berbuka di luar. malah dekat Semanis Aroma UPM yang dapat diskaun 50% untuk peserta blogger pun dah pergi hari ahad lepas. nantilah entry nya akan menyusul yer.

About emarieys

Ema has written 1061 post in emarieys.com.

Panggil Ema. Blog Emarieys hasil gabungan nama Ema dan Ery (suami). 's' di belakang untuk anak-anak. Tak suka air letak susu. Terima kasih sudi baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge