• Penderaan Senyap Dalam Organisasi

    Stop Workplace Bullying Ingatkan dah pupus sikap membuli di mata masyarakat. Tapi, tidak sama sekali. Sikap membuli masih wujud tidak kira di rumah, di sekolah, di universiti mahupun di pejabat. Ada pembuli lelaki, ada pembuli perempuan. Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kejadian pelajar UPNM yang meninggal dunia akibat didera dengan menekap seterika wap oleh rakan kerana dituduh mencuri laptop. Alfatihah untuk Zulfarhan Osman Zulkarnain. Tapi tahukah anda, situasi membuli ini juga wujud di kalangan organisasi atau di tempat kerja? Banyak kajian telah mendapati bahawa pentadbir merupakan pendera utama di tempat kerja iaitu antara 50% dan 90% pada masa ini. Contoh-Contoh Penderaan Membuli – Bertindak untuk merosakkan “Kesihatan Kakitangan Sasaran” dan…